Siakap Keli
dipatuk ular mata
Gambar: Daily Star

Wanita Berdepan Detik Cemas, Dipatuk Ular Di Bahagian Mata Ketika Hendak Buka Pintu Rumah

KENTUCKY – Seorang wanita mengalami detik cemas selepas dipatuk seekor ular tepat pada bahagian mata sewaktu dia sedang membuka pintu rumahnya.

Menurut Daily Star, ular tersebut dilaporkan membelit dirinya di penyangkut perhiasan yang tergantung di pintu rumah wanita berkenaan sebelum bertindak mematuk matanya.

Ibu kepada tiga anak itu, Mara Jo Thomas, turut menceritakan kejadian itu di Facebook miliknya dengan berkata,”Sebenarnya tidak pernah ada hari yang kelam dalam hidup saya!”

“Hari ini, saya telah dipatuk seekor ular tepat di atas mata saya. Kenley yang berada di luar pada ketika itu telah melihatnya dan menjerit memberi amaran, saya yang terkejut terus membuka pintu dan ular itu terus mematuk saya.”

“Syukurlah ular itu tidak berbisa dan tidak terkena pada biji mata saya.”

Mara memberitahu bahawa dia memandu sendiri ke hospital selepas insiden itu berlaku untuk mendapatkan rawatan. Dia turut menceritakan bahawa dia tidak memerlukan sebarang ubat penawar racun disebabkan ular tersebut tidak berbisa.

Menurutnya, dia tidak pasti apa yang berlaku kepada ular tersebut, tetapi dia memberitahu bahawa dia tidak akan mempunyai penyangkut perhiasan di pintunya lagi.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Nurfatihah Shahirah Azzuddin