Siakap Keli
Sumber: iStock

Singapura Lapor Kes Import Pertama “Monkeypox” Libatkan Warga Britain

SINGAPURA- Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)mengesahkan terdapat satu kes import jangkitan Monkeypox dikesan di sana.

Pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun bekerja sebagai seorang pramugara. Difahamkan lelaki itu berada di Singapura pada 15 dan 17 Jun serta 19 Jun ketika dia memasuki dan keluar dari negara itu.

Dia kemudiannya disahkan positif cacar monyet pada 20 Jun. Menurut laporan CNA, lelaki berkenaan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk pemantauan dan dalam keadaan yang stabil. MOH kini sedang giat menjalankan penjejakkan kontak kepada pesakit.

Lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia mengalami sakit kepada pada 14 Jun sebelum mengalami demam pada 16 Jun. Kedua-dua simptom berkenaan kemudiannya dilaporkan. Pada 19 Jun, dia mengalami masalah ruam kulit.

Menurut Kementerian Kesihatan, lelaki itu mendapatkan rawatan perubatan melalui telekonsultasi pada malam 19 Jun, dan dihantar kepada NCID pada 20 Jun untuk penilaian lanjut.

”Pengesanan kontak rapat kepada lelaki terbabit sedang dijalankan untuk penerbangan yang terjejas selain di kawasan-kawasan yang dikunjunginya sepanjang tempoh lelaki itu tinggal di Singapura. Dalam tempoh tersebut, sebahagian besarnya dia hanya tinggal di bilik hotel sahaja kecuali sekali ke pusat urut dan tiga buah kedai makan,” kata MOH.

Secara amnya, risiko penularan jangkitan Monkeypox tersebut kepada pelawat di lokasi-lokasi itu adalah rendah kerana data menunjukkan jangkitan Monkeypox akan berjangkit melalui sentuhan fizikal yang rapat atau berpanjangan.

Bagaimanapun, keempat-empat lokasi yang dikunjungi itu sedang menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Setakat ini, sebanyak 13 kenalan rapat lelaki tersebut telah dikenal pasti. MOH memaklumkan kesemua kontak rapat lelaki berkenaan diletakan dibawah pengawasan di pusat kuarantin selama 21 hari, bermula daripada hari terakhir mereka berhubung dengan pesakit tersebut.

Selain itu, dua kenalan yang berisiko rendah telah diletakkan pada pengawasan melalui panggilan telefon. Mereka akan menerima panggilan telefon setiap hari dalam tempoh 21 hari untuk memantau sebarang simptom yang mungkin dialami.

Jika disyaki dijangkiti, mereka akan segera dihantar ke NCID untuk penilaian lanjut dan pengasingan bagi mengelakkan penularan jangkitan.

Sumber: CNA

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.