Siakap Keli
Monkeypox
Gambar via Mirror

‘Monkeypox’, Penyakit Cacar Dikesan Di UK, Awas Dengan Tujuh Gejala Ini

Umumnya, penyakit kulit cacar air atau biasa disebut sebagai ‘Chicken pox‘ sudah sering kita dengar dan biasa dihidapi oleh rakyat Malaysia terutama sekali golongan kanak-kanak.

Namun, beberapa tahun yang lalu, dunia dihebohkan pula dengan satu lagi jenis penyakit cacar yang dikenali sebagai ‘Monkeypox‘. Bagaimanapun, tidak ada sebarang laporan mengenai jangkitan virus tersebut di Malaysia setakat ini.

Menurut Mirror, para saintis telah berjaya mengesahkan simptom utama penyakit itu selepas terdapat laporan mengenai kes yang telah disahkan di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Pesakit itu kini berada dalam rawatan oleh pakar sebuah hospital di London selepas dijangkiti virus yang juga mempunyai banyak persamaan dengan penyakit cacar air yang kerap berlaku di Nigeria.

“Pakar menegaskan bahawa penularan dari manusia ke manusia jarang berlaku, tetapi individu yang menyentuh pesakit yang dijangkiti tetap perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kes seperti ini amat jarang berlaku di UK, pertama kali kes ini dijangkiti manusia telah dilaporkan pada tahun 1970 dan paling kerap berlaku di bahagian Barat dan Afrika Tengah.

“Dalam beberapa keadaan, virus ini akan menyebabkan beberapa gejala ringan seperti demam dan timbul ruam-ruam pada kulit terutama di bahagian muka,” lapor Mirror.

Memetik Mirror, kebanyakan orang yang dijangkiti akan pulih dalam tempoh empat minggu menurut pakar perubatan, walaupun virus itu boleh menyebabkan penyakit serius lain yang jarang berlaku.

Apa itu ‘monkeypox’?

Gambar via Mirror

Monkeypox‘ merupakan sejenis jangkitan virus yang mempunyai beberapa persamaan dengan cacar air (smallpox).

Difahamkan, ia pertama kali ditemui dalam koloni monyet di Republik Demokratik Congo pada tahun 1958 dan jangkitan pertama kepada manusia dilaporkan pada tahun 1970.

Menurut Mirror, pakar melaporkan, dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gejala ringan dan akan sembuh hanya dalam beberapa minggu setelah dijangkiti.

“Hari ini, Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) telah mengesahkan satu lagi kes yang dipercayai dijangkiti virus itu di Nigeria.

“Pesakit tersebut kini berada di unit insolasi dan ditempatkan di unit penyakit berjangkit di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.

“Namun, UKHSA berkata risiko virus itu menular kepada populasi umum adalah rendah.

“Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ‘monkeypox’ telah menyababkan satu kematian dalam 10 orang pesakit yang dijangkiti di Afrika,” lapor Mirror.

Apakah simptom ‘monkeypox‘?

Berdasarkan CDC menerusi Mirror, terdapat tujuh simptom utama yang menandakan seseorang itu telah dijangkiti virus tersebut dan kebanyakannya adalah sama dengan cacar air walaupun bengkak pada kelenjar limfa merujuk kepada ‘monkeypox‘.

Gambar via Mirror

Antara simptomnya adalah demam, sakit kepala, sakit badan dan belakang, bengkak kelenjar limfa, menggigil dan lelah atau kepenatan.

Dalam tempoh masa satu hingga tiga hari selepas mengalami demam, pesakit biasanya akan mengalami ruam yang bermula di bahagian muka sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.

“Pada manusia, gejala ‘monkeypox‘ adalah sama dengan cacar biasa tapi kesannya lebih ringan daripada cacar yang biasa. Monkeypox bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

“Perbezaan utama antara gejala cacar dan ‘monkeypox‘ ialah kelenjar limfa akan membengkak yang tidak berlaku pada cacar air.

“Selain itu, tempoh inkubasi untuk ‘monkeypox’ adalah tujuh hingga 14 hari namun boleh juga berlaku dalam tempoh lima hingga 21 hari,” jelas CDC, lapor Mirror.

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.