Siakap Keli
youtuber rugi melabur kripto
Gambar: BenchWarmers via Google

Youtuber Rugi RM176 Juta Gara-Gara Melabur Di Kripto

Seorang ahli tinju US yang juga merupakan Youtuber, Jake Paul terpaksa berputih mata apabila rugi sebanyak RM176 juta gara-gara melabur di platform kripto, lapor Inven Global.

Menurut podcast abangnya, Logan Paul, mendedahkan bahawa adiknya itu kini ‘miskin’ selepas sebahagian besar kekayaannya musnah sekelip mata dalam platform mata wang digital itu.

Dalam sebuah klip video, Logan mendakwa bahawa adiknya yang juga seorang peninju profesional US itu telah melaburkan kesemua hartanya dalam kripto sehingga bankrup.

Difahamkan, kesemua jumlah wang kripto yang dilabur Jake merupakan hasil pendapatan dalam karier tinjunya berjumlah RM176 juta. Malah, sebahagian orang membuat spekulasi bahawa dia mendapat lebih daripada itu.

Sementara itu, satu berita mengenai Jake yang dikatakan berhutang dengan bekas peninju Amerika, Floyd Mayweather dalam satu pertarungan di Miami turut tersebar di internet.

Isu itu juga telah berlarutan selama beberapa bulan. Dalam kes itu, Jake Paul berhutang sebanyak RM22 juta kepada bekas peninju itu dalam pertarungan yang berlangsung pada tahun lepas.

Jake Paul menyalahkan Biden

Perkara itu membuatkan Jake turut tidak berdiam diri dalam situasi yang sedang dia alami sekarang. Dia menyalahkan Presiden US, Joe Biden kerana tidak bertanggungjawab terhadap beberapa masalah termasuk kejatuhan nilai harga kripto sekarang.

Bukan sahaja Jake yang bernasib malang dalam pelaburan besar mata wang kripto itu.

Pada bulan lepas, selebriti media sosial, Olajide Olayinka Williams Olatunji yang lebih dikenali sebagai KSI memuat naik di Twitter bahawa dia telah mengalami kerugian sebanyak RM15.1 juta dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun, KSI mendakwa kerugian yang dialaminya itu telah membuatkannya mampu merangka semula pelan kewangan berbanding Jake Paul yang masih lagi belum berbuat apa.

Sumber: Inven Global

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.