Siakap Keli
Billie Eilish
Gambar via Facebook Billie Eilish

Billie Eilish Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur, Tiket Dijual Mulai Esok

Billie Eilish, nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian antarabangsa yang terkenal pelbagai lagu hit dilapor bakal mengadakan konsert jelajah dunia, Happier Than Ever di Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri melalui satu kemas kini di laman facebooknya sebentar tadi.

Bercakap soal persembahan, selain Malaysia, Billie Eilish juga turut akan mengadakan konsert jelajah di beberapa buah negara Asia yang lain antaranya Filipina, Korea Selatan, Singapura dan juga Thailand.

Menurut hantaran menerusi laman Facebook milik penyanyi itu sendiri, jualan tiket pra-tempah konsert tersebut akan dibuka bermula 24 Jun, Jumaat ini kepada peminat yang berada di Manila, Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok dan juga Tokyo.

Di Malaysia, konsert berkenaan dijangka akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Antara lagu-lagu popular yang didendangkan oleh penyanyi yang memiliki lebih 104 juta pengikut di Instagram ini adalah Bad Guy, Goodbye, My Boy, Lo Vas a Olvidar dan juga OverHeated.

Setakat ini, berita mengenai konsert tersebut telah pun mendapat lebih 200 ribu tanda suka dan dikongsi sebanyak 20 ribu kali.

Sumber: Billbord, Billie Eilish (Facebook)

Faiz Mustafa