Siakap Keli
justin bieber tangguh konsert
Gambar: Koimoi via Google

Justin Bieber Terpaksa Tangguh Konsert Summerfest, Masih Belum Pulih

Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber terpaksa tangguh konsert ‘Justice Tour’ di US kerana masih belum pulih selepas mengalami gejala Sindrom Ramsay Hunt, lapor IndiaTv.

Pada minggu lalu, dia memuat naik video mengatakan dirinya mengalami lumpuh separa muka akibat jangkitan virus itu. Kini, dia perlu menangguhkan konsertnya itu terlebih dahulu untuk menerima rawatan lanjut.

Penangguhan konsert itu yang sepatutnya berlangsung pada 24 Jun, Jumaat esok dilapor wartawan Hollywood,  Anschutz Entertainment Gorup (AEG Presents) dalam satu kenyataan.

“Memandang Justin masih dalam rawatan, baki Justice Tour AS yang dijadualkan pada Jun dan awal Julai serta Summerfest di @amfamamp di Milwaukee, WI bakal ditangguhkan,” lapor kenyataan itu.

Tambahan lagi, penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby (2010) itu masih dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk mengadakan konsert terbabit.

Sementara itu isterinya, Hailey Bieber menjelaskan kepada pengacara Tonight Show, Jimmy Fallon bahawa Justin dalam keadaan baik dan tiada sebarang tingkah laku pelik dalam beberapa acara sebelum ini.

Perkara itu merujuk kepada penyakit sindrom yang sedang dialami suaminya itu selepas didiagnosis.

“Justin akan terus menerima rawatan terbaik sehingga pulih dan dia tidak sabar untuk kembali membuat persembahan kepada peminatnya di luar negara pada musim panas ini,” jelas AEG.

Penganjur itu memaklumkan bahawa butiran persembahan Summerfest yang ditangguhkan itu bakal diumum kelak dengan bayaran balik sewaktu pembelian.

Sehubungan itu, konsert lain termasuk di Las Vegas (28 Jun); Glendale, Arizona (30 Jun); dan Inglewood, California (2-3 Julai) turut ditunda. Jelajah konsert itu kini dijadualkan menuju ke Eropah pada awal Ogos, menurut The Hollywood Reporter.

Sumber: India TV

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.