Siakap Keli
Kowloon Walled City
Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

50,000 Penduduk Dalam Blok Sekecil 2.6 Hektar, Kenali Kowloon Walled City, Penempatan Dipercayai Paling Sesak Di Dunia

Bandar Tembok Kowloon ataupun Kowloon Walled City merupakan salah satu bandar dipercayai paling sesak di dunia yang pernah wujud di Hong Kong sekitar awal 1990 dahulu, merujuk artikel Daily Mail UK.

Ia pernah dianggap sebagai tempat paling padat dengan kapasiti penduduk 50,000 orang dalam beberapa buah blok bangunan seluas 2.6 hektar sahaja. Ia juga pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu kerana dipenuhi kira-kira 33,000 buah keluarga,

Selain itu, lebih daripada 300 buah bangunan bertingkat dibina dan saling bersambung tanpa ‘bantuan’ arkitek. Ia juga merupakan sebuah penempatan tanpa kawalan di bawah Peraturan Kesihatan dan Keselamatan (Hong Kong).

Merujuk artikel Daily Mail, lorong-lorong sempit selebar tiga meter persegi serta koridor gelap ‘menjalar’ di keseluruhan blok sebagai laluan penduduk hingga menjangkau ke kawasan berhampiran Kai Tak Airport di situ.

Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

Menurut jurugambar Kanada, Greg Girard dengan kerjasama penulis, Ian Lamboth, mereka menghabiskan masa kira-kira lima tahun untuk mengambil gambar dan ‘hidup bersama’ dengan penduduk di sana.

Difahamkan, walaupun ia pernah menjadi sarang jenayah seperti pusat pelacuran, dadah dan perniagaan tanpa lesen, namun masih ramai penduduknya yang menjalani kehidupan mereka dengan tenang.

Tambahan pula, kanak-kanak turut berasa gembira bermain di atas bumbung penempatan itu kerana ia lebih aman, bebas dan ‘terbuka’ berbanding kawasan di bawah yang sempit.

Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

Berdasarkan foto-foto yang dirakam, atap bumbung adalah satu-satunya tempat bagi mereka menghirup udara segar dan melarikan diri daripada klaustrofobia kerana rumah-rumah pangsapuri di bawah tidak mempunyai tingkap.

Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

Bagaimanapun dari semasa ke semasa, pihak China dan British mendapati bandar tersebut semakin tidak terkawal walaupun kadar jenayah semakin menurun pada tahun-tahun kemudian.

Difahamkan, faktor kualiti hidup dan tahap kebersihan yang sangat ‘ketinggalan’ membuatkan Hong Kong membuat keputusan untuk merobohkan kesemua bangunan itu.

Pada awalnya, ramai peduduk membantah keputusan kerajaan tersebut dan berkata mereka gembira hidup di sana walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Namun, kerajaan tetap meneruskan keputusan itu dan bersedia membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion sebagai pampasan kepada mereka semua.

Akhirnya keputusan itu diterima. Semua penduduk di Kowloon Walled City mula berpindah pada 1991 dan proses pemindahan itu selesai sepenuhnya pada 1992 berikutnya dan ia dirobohkan.

Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

Sejarah Kowloon Walled City

Imbas kembali, merujuk Daily Mail, semasa Dinasti Song, ia berfungsi sebagai pondok pengawal bagi tentera untuk mempertahankan kawasan itu daripada lanun dan menguruskan pengeluaran garam sebelum akhirnya berada di bawah pemerintahan British.

Walau bagaimanapun, semasa pendudukan Jepun di Hong Kong dalam Perang Dunia Kedua, ia telah dirobohkan untuk menyediakan bahan binaan bagi pembinaan lapangan terbang tidak jauh dari situ.

Apabila Jepun menyerah kalah dan keluar dari bandar itu, populasi penduduk meningkat secara mendadak. Akhirnya ia menjadi ‘syurga’ bagi penjenayah dan penagih dadah serta di bawah naungan Triad China sehingga 1974.

Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

Menjelang awal 1980-an pula, ia terkenal dengan rumah pelacuran, kasino, pusat ganja dan sarang candu. Ia juga terkenal dengan medan makanan daging anjing dipercayai hidangan menarik di sana.

Kawasan itu turut menjadi pelindung bagi doktor gigi yang terlepas daripada pendakwaan jika berlaku sebarang masalah dengan pesakit mereka, selain menjadi tumpuan krisis diplomatik antara Britain dan China yang enggan bertanggungjawab dalam konflik.

Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK
Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK
Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK
Gambar: Greg Girard & Ian Lamboth via Daily Mail UK

Sumber: Daily Mail UK

Muhd Iqbal

" "