Polis kini sedang memburu dua lelaki yang dipercayai ragut beg tangan seorang wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan SJ 3, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Sabtu lalu.
Memetik laporan Utusan TV, mangsa yang merupakan seorang warga tempatan berusia 57 tahun telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata laporan tersebut telah diterima oleh pihaknya dan siasatan mendapati suspek merupakan dua orang lelaki dipercayai warga tempatan.
Mereka menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 ketika melakukan jenayah ragut itu.
“Salah seorang suspek bertindak masuk ke dalam restoran lalu merampas beg tangan yang berada di atas paha mangsa lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal yang berada di luar restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek.
Sementara itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222/011-12300778 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, video yang memaparkan kejadian ragut tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon dari netizen.
Video tersebut dipercayai telah dirakam menerusi dash cam dalam sebuah kereta.
@utusantvofficial Ini betul2 berani, masuk ragut dalam restoran. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok
Sumber: Utusan TV
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%