Siakap Keli
Gambar via Kyodo News

Seekor Hamster Dilapor Selamat Mendarat Ke Bumi, Diterbangkan Ke Stratosfera Guna Belon

Seekor hamster dilapor selamat mendarat selepas ‘diterbangkan’ ke stratosfera pada ketinggian 23 kilometer di Jepun.

Memetik laporan Kyodo News, ‘penggembaraan’ itu dilakukan bertujuan untuk merealisasikan ‘perjalanan angkasa lepas’ dengan menggunakan belon.

Kejayaan penerbangan ujian pertama dengan haiwan itu dijalankan oleh firma angkasa lepas, KK Iwaya Giken yang berpengkalan di Sapporo.

Ia dikatakan telah memberi momentum kepada percubaan penerbangan yang akan dikendalikan oleh manusia dalam tahun ini.

Mereka merancang satu penerbangan ke ketinggan 25 kilometer, di mana orang ramai boleh ‘merasakan angkasa lepas’ dengan melihat lengkung bumi dengan lebih jelas.

Gambar Via Kyodo News

“Kami akan terus menjalankan eksperimen supaya orang ramai dapat menaiki kapal dan kembali dengan selamat,” kata seorang jurucakap.

Dalam pada itu, hamster terbabit dikatakan berada di dalam kabin yang dibangunkan oleh syarikat tersebut dan ‘diterbangkan’ dengan belon di Miyakojima, Wilayah Okinawa pada 9 Jun lalu.

Difahamkan, belon itu memperoleh ketinggian pada kelajuan purata 6.3 meter sesaat dan mencapai 23 km ke atas dalam masa kira-kira sejam, sebelum ia mendarat di laut di luar Pulau Miyako.

Menurut firma itu, kabin plastik dalam bentuk silinder yang mempunyai tetulang setinggi 60 cm dan diameter 50 cm itu telah mengekalkan paras dalaman oksigen, suhu dan tekanan hampir sama seperti di atas tanah.

Sementara itu, hamster tersebut dikatakan berada dalam keadaan yang sihat.

BACA: Kenali Felicette, Kucing Pertama Dihantar Teroka Angkasa Lepas

Sumber: Kyodo News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.