Siakap Keli
tarif elektrik dan air di semenanjung

Tarif Elektrik & Air Di Semenanjung Kekal, Harga Ayam Tidak Akan Diapungkan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Menurutnya, meskipun kos bahan api dan kos penjanaan lain meningkat dengan mendadak, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

“Ini bermakna pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

“Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, pengenalan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.

Sementara itu, kerajaan turut memutuskan bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Harga siling baharu akan dimumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini.

Menurutnya langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang dapat menstabilkan harga, lapor Bernama.

Sumber: Bernama TV

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.