Siakap Keli

Ngeri, Mulut Budak Rosak Teruk Dirobek Cimpanzi, Terpaksa Tampal Guna Tisu & Otot Lengan

Seorang budak lelaki dilaporkan diserang dan mulut dirobek oleh sekumpulan cimpanzi selepas haiwan itu membunuh abang dan sepupunya. Dia kini hadapi perubahan hidup yang sangat ketara disebabkan oleh insiden yang mengerikan itu. 

Memetik laporan Daily Star, Dunia Sibomana berumur enam tahun dan sedang bermain bersama saudaranya di sebuah taman  alam semula semula jadi, Congo. Merentap jiwa, adik lelaki bersama-sama sepupunya yang masih berumur empat tahun disahkan maut, lapor Daily Star. 

Walaupun Dunia terselamat dari serangan tersebut, dia telah mengalami kecederaan yang agak teruk hingga merosakkan hampir keseluruhan wajahnya yang mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. 

Difahamkan, haiwan ganas itu telah merobek bibirnya dan pipinya juga dikoyak menyebabkan Dunia mengalami kerosakkan otot muka yang menyukarkan dia untuk berkomunikasi dan juga menelan makanan. 

Lebih menyedihkan, kanak-kanak malang ini juga telah kehilangan jari dan bahagian telinga akibat serangan tersebut.

Trauma mengerikan yang menimpa Dunia pada tahun 2014 itu bukanlah satu-satunya kes serangan dasyat monyet liar itu terhadap manusia hingga membawa kepada sebuah kematian. 

Baru-baru ini, seorang bayi lelaki telah dilaporkan telah diculik oleh monyet-monyet itu daripada ibunya semasa sedang menyusu di kediaman mereka di Tanzania. 

Dunia telah diselamatkan oleh renjer dan di bawa ke hospital berdekatan untuk diselamatkan dengan bantuan badan kebajikan Smile Rescue Fund for Kids. Dunia di bawa ke New York untuk pembedahan rekonstruktif. 

Pada 2016, tisu dan otot dari lengan bagian bawah Dunia telah diambil untuk dicantumkan semula pada bahagian bibirnya. Dia juga telah melakukan sebanyak 14 pembedahan dan dijaga oleh beberapa keluarga di Amerika. 

Difahamkan juga, pada Februari lalu, Dunia telah diterima oleh seorang jurulatih gusti Sekolah Menengah Long Beach, Muguel Rodriguez untuk menjadi sebahagian dari atlet sukan itu. 

Hanya beberapa minggu kemudian, Dunia yang kini berumur 14 tahun telah menjuarai kejohanan gusti di Daerah Nassau.

BACA: Bayi Dilapor Maut, Dibelasah & Dibunuh Monyet Ketika Tengah Menyusu

BACA: 46,132 Kes Muflis Libatkan Rakyat Malaysia Dari 2018 – Mei 2022 & 19,334 Kes Muflis Sebab Pinjaman Peribadi

Sumber: Daily Star

Faiz Mustafa