Sekurang-kurangya 17 orang telah ditemui maut di sebuah kelab malam di bandar Timur London, Afrika Selatan, lapor BBC.
Kesemua mangsa ditemui pada awal pagi hari ini di Enyobeni Tavern. Selain mangsa yang maut, terdapat juga beberapa orang yang mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, punca kejadian yang membabitkan 17 orang maut di sebuah kelab malam tersebut masih tidak dapat dipastikan.
“Keadaan sekitar kejadian itu sedang disiasat, kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi pada ketika ini,” kata jurucakap polis kepada saluran televisyen Newzroom Africa.
Kebanyakan mereka yang ditemui mati adalah berusia antara 18 dan 20 tahun.
Sementara itu, sebilangan besar kakitangan perkhidmatan perubatan telah berada di tempat kejadian.
Pesuruhjaya Polis Eastern Cape Nomthetheleli Lilian Mene berkata terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa insiden rempuhan mungkin berlaku di dalam kelab malam tersebut.
Dalam pada itu, saksi memberitahu akhbar Daily Dispatch bahawa mayat bergelimpangan di lokasi kejadian yang menunjukkan seolah-olah mereka telah rebah di atas lantai.
Ahli keluarga mangsa dikatakan masih belum dapat melihat mayat mereka dan penduduk tempatan telah meminta agar tempat itu ditutup.
BREAKING: 17 people found dead at a nightclub in South Africa’s city of East London
— The Spectator Index (@spectatorindex) June 26, 2022
BACA: Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera
Sumber: BBC