Siakap Keli
kelab malam

Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera

Azerbaijan – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera, lapor Daily Star.

Media tempatan melaporkan bahawa letupan yang berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bangunan kelab  tersebut.

Pejabat pendakwa raya berkata terdapat satu kematian dan 31 orang mengalami pelbagai kecederaan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, keadaan di luar bangunan itu dilihat sangat huru-hara dan dipenuhi oleh mangsa yang cedera.

Dalam satu video lain, kedengaran jeritan yang mengerikan datang dari kelab malam itu ketika orang awam cuba untuk mengosongkan bangunan tersebut.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat serta Kementerian Dalam Negeri Azerbaijan telah dipanggil ke tempat kejadian.

Maklumat awal mendapati bahawa letupan itu berpunca daripada kebocoran gas.

Laporan terbaru menyatakan bahawa enam orang yang dilaporkan cedera telah dibawa ke hospital, manakala 25 lagi mangsa dibawa ke pusat kebakaran.

Sementara itu, puluhan ambulans telah dihantar ke kawasan itu di mana saksi berkata sekurang-kurangnya 20 orang cedera akibat letupan itu.

Kementerian Kesihatan berkata maklumat lanjut mengenai insiden tersebut akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Menurut laporan TRTWorld, pihak berkuasa telah memaksa orang awam pulang dan tidak berada di kawasan kelab itu.

Mereka bimbang jika letupan kedua akan tercetus atau sebarang situasi yang tidak terjangka berlaku.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story