Siakap Keli
terkena letupan mercun
Gambar Via Bicara Berita

Disyaki Terkena Letupan Mercun, Kemaluan & Tangan Budak Ini Melecur Teruk

Jawa Tengah – Seorang kanak-kanak lelaki dilapor mengalami kecederaan di bahagian kemaluan dan tangannya selepas disyaki terkena letupan mercun dalam kejadian pada 28 Mac lalu.

Memetik laporan portal Bicara Berita, kanak-kanak yang disyaki terkena letupan mercun itu kini perlu menjalani rawatan intensif di hospital selepas kemaluan dan tangannya melecur teruk.

Difahamkan, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku di Genting, Karangambas, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia.

“Salah seorang kanak-kanak dari Genting, Karangambas melecur kerana bermain sejenis mercun.

“Buat masa ini, kanak-kanak itu sedang dirawat di hospital,” tulis akaun yang memuatnaik mengenai kejadian itu di Instagram.

BACA JUGA: “Saya Minta Maaf Kalau Terganggu Malam Ni,” Wanita Ini Jelaskan Kenapa Ada Bunyi Mercun Tengah Malam Ini

Kebiasaannya, mercun sering dijadikan mainan oleh kanak-kanak menjelang bulan Ramadan walaupun kebanyakan mercun itu sangat berbahaya.

Mercun itu menghasilkan bunyi letupan yang sangat kuat dan menganggu.

Bagi kejadian ini, sudah tentu pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak mereka amat diperlukan agar kejadian ini tidak berulang.

“Bukan bermaksud untuk menakutkan tetapi ini adalah amaran kepada kita semua.

“Menjelang bulan Ramadhan, tentunya ramai kanak-kanak bermain mercun, lebih baik cegah dari awal sebelum ia berlaku,” tulis akaun tersebut.

Sumber: Bicara Berita

Sofea

There's always another side to every story