Siakap Keli
terhantuk objek tak diketahui
Kredit: Daily Mail

Aksi ‘Subway-Surf’ Tak Menjadi, Remaja Kritikal Kepala Terhantuk Dengan Objek Tak Diketahui

NEW YORK – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang merupakan ‘peluncur kereta api bawah tanah’ telah ditemui tidak sedarkan diri selepas terhantuk dengan objek tak diketahui ketika menaiki bumbung kereta api New York City 7.

Menurut Daily Star, pihak polis menjumpai remaja itu terbaring tidak sedarkan diri di atas sebuah kereta api North Corona, Queens pada pukul 6.30 petang, 23 Jun lalu.

Sebuah rakaman menunjukkan pihak berkuasa dan anggota paramedik sedang mengangkat remaja yang terbaring tidak sedarkan diri di atas bumbung kereta api.

Pihak polis mendakwa remaja lelaki tersebut telah bertindak memanjat bumbung kereta api sebelum kepalanya dilanggar oleh objek yang tidak diketahui.

Dia dilaporkan mengalami pendarahan yang teruk akibat kecederaan di bahagian kepala.

Remaja itu kemudian dikejarkan ke Hospital Elmhurst dan masih berada dalam keadaan kritikal.

Ekoran insiden itu, kereta api tersebut dilaporkan mengalami kelewatan di dua-dua bahagian.

Menurut laporan akhbar tempatan, aksi seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di bandar New York kerana pada dua minggu lalu, insiden yang sama turut dilaporkan berlaku.

Selain itu, pada awal bulan yang lalu, terdapat video yang menunjukkan aksi lapan orang remaja berjalan di atas bumbung kereta api yang pada ketika itu melintasi Jambatan Williamsburg.

Menurut polis, pada tahun lepas, seorang lelaki maut akibat terjatuh dilanggar oleh kereta api yang lain ketika sedang ‘meluncur’ di atas bumbung kereta api .

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.