LONDON – Seorang wanita dilaporkan telah menjumpai satu makhluk aneh yang kelihatan seperti makhluk asing di pesisir pantai di Britain.
Menurut portal Metro UK, makhluk tersebut telah ditemui di pantai Bennar, berhampiran di Gwynedd, Wales Utara.
Shell Longmore, wanita yang menemui makhluk tersebut telah bertindak berkongsikan gambar penemuannya itu di Facebook bagi mencari jawapan
Tidak lama kemudian, gambar tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai komen dari netizen.
Ada yang menyatakan hidupan laut itu sebagai makhluk asing dan ada juga mereka yang komen menyamakan hidupan tersebut dengan karakter Shadow Monster atau Mind Flayer, binatang seperti labah-labah dari filem Stranger Things.
“Saya fikir saya telah melihat semua hidupan liar tempatan sehingga saya menemui makhluk ini. Ia adalah makhluk yang kelihatan pelik tetapi sangat cantik,” kata Longmore.
Dengan cakar seperti cangkerang, makhluk itu dikenal pasti sebagai sekumpulan teritip Gooseneck. Hidupan laut ini dianggap ‘amat hodoh’.
Namun, hidupan laut ini juga diketahui sebagai makanan istimewa yang jarang ditemui dikenali sebagai percebes, dengan rasa daging yang manis dan masin.
Teritip Gooseneck juga diketahui mempunyai harga yang mahal. Hidupan ini dikumpulkan dari batu dan celah bawah air di Costa da Morte Sepanyol, atau Coast of Death, ia adalah antara makanan laut yang paling mahal di dunia.
Dilaporkan bahawa, harga eksport untuk haiwan ini boleh mencecah sehingga £300 (RM1,400) sekilo. Ia juga boleh didapati secara dalam talian dengan harga sekitar £80-£90 (RM370 – 420) untuk sekilo.
Harga itu mencerminkan bahaya yang dalam mengumpulkan mereka oleh Percebeiros iaitu pakar nelayan teritip Gooseneck yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelam di bawah ombak yang kuat demi mendapatkannya. Rasanya dikatakan hampir menyerupai kacukan antara rasa udang galah dan kerang, dengan tekstur yang serupa dengan sotong.
Harganya agak mahal disebabkan risiko yang ditempuh oleh para nelayan yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelam di bawah ombak kuat demi mendapatkannya.
Rasa haiwan tersebut dikatakan hampor menyerupai kombinasi antara udang galah dan kerang, dengan tekstur yang serupa dengan sotong.
Di Facebook, seorang netizen telah menggesa Shell untuk memanfaatkan penemuan itu sepenuhnya. ‘Ambil, jual atau makan!’ katanya. ‘Ia sangat cantik dan juga sangat mahal!’
Sumber: metro.co.uk