Siakap Keli
tiga beranak lemas
Gambar: Facebook Ebit Lew

Tiga Beranak Lemas: Air Mata Anak Sulung Mangsa ‘Tumpah’ Di Pusara

Air mata anak sulung kepada mangsa kemalangan tiga beranak yang lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke sungai baru-baru ini ‘tumpah’ ketika diziarahi pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi laman Facebook rasmi Ebit Lew, beliau menziarahi pusara tiga beranak tersebut bersama anak arwah selepas jenazah masing-masing sudah dikebumikan semalam.

“Sebak sayu rasanya pagi ni ke Alor Setar ziarah keluarga arwah tiga beranak yang ditemukan lemas berpelukan dalam kereta.

“Sedih terkesan melihat cinta seorang ibu sehingga di saat akhir sedang berpelukan dengan kedua anaknya,” jelas Ebit Lew dalam perkongsian itu.

Dalam pada itu, menurut beliau, anak sulung arwah (yang masih hidup) sebelum ini turut pernah terlibat dalam kemalangan sehingga terlantar selama setahun.

“Adik baju hijau ni rindu ibunya dan dua adiknya. Ya Allah. Berat ujianmu adik. Ayahnya pun menangis jer jumpa saya tadi.

“Beliau pun sebelum ini setahun terlantar kerana kemalangan,” tulisnya lagi di Facebook.

Semasa menziarahi kubur arwah, beliau menjelaskan, si anak lelaki itu yang kini tinggal bersama ayahnya begitu rindu dengan arwah ibu dan kedua-dua adiknya.

“Ziarah kubur mereka. Katanya, adik selalu rindukan mak dan sentiasa doa nak jumpa mereka dalam syurga Firdaus. Adik baju hijau ini kini tinggal membantu ayahnya uzur.

“Tak berhenti ucap terima kasih kerana hadir jauh memberi semangat,” tambah Ebit Lew lagi.

Seperti biasa, Ebit Lew turut mendoakan keampunan-Nya buat arwah bersama anak-anaknya dan semoga keluarga mereka diberikan kekuatan menjalani kehidupun.

“Ya Allah ampunkanlah dan sayangi arwah ustazah dan dua anaknya. Ya Allah beri kekuatan untuk ahli keluarganya yang ditinggalkan ini. Allah sayang pada mereka,” katanya dalam doa itu.

Gambar: Facebook Ebit Lew

Imbas kembali, tiga beranak tersebut, Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dilapor lemas selepas terbabas.

Memetik Bernama, ketiga-tiga tersebut lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani).

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Az-Zaitun pada pukul 5.45 petang.

Sumber: Facebook Ebit Lew

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.