Peniaga pokok ganja berjaya raih keuntungan bersih sebanyak RM124 lepas kerajaan Thailand membenarkan rakyatnya untuk menanam pokok ganja
BANGKOK – Seorang peniaga pokok ganja di wilayah Ang Thong meraih keuntungan lumayan apabila perniagaannya semakin maju sejak kerajaan Thailand membenarkan penanaman pokok itu di rumah.
Peniaga wanita yang dikenali Khampai, 53 akan menolak satu troli yang mengandungi daun dan pokok ganja untuk dijual di Pasar Suwaphan setiap hari, lapor Thaiger
Menurutnya, sejak tiga hari lalu, dia berhasil menjual 100 hingga 200 pokok ganja dengan harga RM18 -RM22 (150 -180 baht) setiap satu.
Khampai memberitahu bahawa dia memperoleh bekalan ganja dari wilayah Buriram yang terletak di timur Laut Thailand sebelum dibawa ke daerah Ang Thong untuk dijual.
“Saya agak terkejut dengan sambutan orang ramai yang semakin ramai membeli pokok ganja untuk ditanam,” katanya.
Wanita itu juga menambah, keuntungan yang diraih membolehkan dia menikmati kehidupan yang lebih senang berbanding sebelum ini.
“Polisi kerajaan yang membenarkan rakyat negara ini menanam ganja di rumah secara tidak langsung menjadi sumber pendapatan saya.”
Hasil daripada menjual pokok ganja, wanita itu dilaporkan berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak RM124 (1,000 baht) sehari.
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%