Budak 4 tahun maut ditinggalkan dalam kereta
LONDON – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan kedua ibu bapanya selama berjam-jam semasa mereka sedang menghadiri upacara pengebumian, lapor Arab News.
Kanak-kanak itu telah bersama-sama dengan keluarganya untuk berkunjung ke Ramhormoz, sebuah bandar yang terletak di bahagian timur Iran di mana pada ketika itu suhu di sana telah mencecah 49 darjah Celsius.
Ibu bapa mangsa didakwa telah meninggalkannya di dalam kereta buat seketika disebabkan dia tertidur ketika dalam perjalanan ke tempat pengebumian.
Media tempatan melaporkan bahawa ibu bapanya ‘terlupa’ mengenai mangsa kerana terlalu stres memikirkan tentang majlis pengebumian itu.
Dr Gholamreza Haidarnejad, dari jabatan forensik di bandar itu berkata, mangsa meninggal dunia akibat berlakunya strok haba dan sesak nafas di mana keadaan itu mencetuskan tekanan kepada diri kanak-kanak tersebut.
Pihak polis dilaporkan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Sumber: arabnews.com
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%