Siakap Keli
Cedera Di Bahagian Muka
Gambar via Awani

Selebriti, Lufya Dedah Cedera Di Muka, Dakwa Bergelut Dengan Lelaki Cuba Culik Anaknya

Selebriti yang merupakan pelakon dan juga penyanyi, Lufya atau nama sebenarnya Lufya Sheikh Omar cedera di bahagian muka akibat bergelut dengan seorang lelaki yang didakwa mencuba untuk culik anaknya, Laana Haura ketika sedang berada di sebuah taman permainan, Ahad lalu. 

Menerusi Astro Awani yang melaporkan perkongsian beliau di laman Instagram, Lufya walau bagaimanapun bersyukur kerana anaknya berjaya diselamatkan meskipun dirinya telah mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Menurut Lufya, dia telah mengalami kecederaan pada bahagian muka berikutan dipukul dengan menggunakan sebatang kayu. 

Berdasarkan perkongsian tersebut, Lufya memuat naik foto yang menunjukka kesan kecederaan dibahagian wajah terutama di dahinya.

“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba untuk menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara lebih kurang jam 4 ke 5 petang.

“Seorang lelaki yang bersifat dayus memukul saya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.

Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter! Terpanggil nak kongsi sesuatu yang penting untuk kita semua,” katanya pada hantaran di laman Instagram, lapor Awani. 

Lufya yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti TV nyanyian terkenal, Akademi Fantasia menasihatkan kepada para wanita untuk bersiap sedia dengan ilmu pertahanan diri. 

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah, sebagai iktibar kita perlu selalu berjaga-jaga.

“Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara yang keji. Manusia makin hilang kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” katanya lagi.

BACA: Pengemis Mengamuk, Baling Selipar Gara-gara Tidak Dapat Duit

BACA JUGA: Suami Isteri Didakwa Lari Naik Hilux, Tinggal Mayat Anak Selepas Kemalangan

Sumber: Astro Awani

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.