Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seperti yang diketahui, zakat wajib dibayar oleh orang-orang yang berkemampuan dan telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Manfaat zakat pula adalah sangat penting untuk golongan yang memerlukan seperti fakir, miskin dan asnaf.
Kebiasaannya, bantuan zakat itu akan disalurkan setiap bulan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Namun, ada juga sesetengah dari mereka yang tidak lagi memerlukan bantuan itu kerana sudah mampu menyara hidup sendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor semalam, seorang lelaki warga emas telah menghantar sepucuk surat untuk memohon keluar sebagai golongan asnaf.
Difahamkan, asnaf tersebut menyatakan hasrat untuk tidak mahu lagi mendapatkan bantuan zakat selepas layak membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana umurnya sudah genap 55 tahun.
“Ustaz, saya nak mohon untuk keluar asnaf. Berilah bantuan pada yang lebih memerlukan. Terima kasih Lembaga Zakat Selangor yang membantu saya sekeluarga,” katanya kepada pegawai Lembaga Zakat Selangor.
Tarbiah serta kejujuran itu, jelas bagi insan yang Allah pilih. Menyedari hakikat serta kelayakannya, seorang asnaf telah menghubungi pegawai dan menyatakan hasratnya untuk keluar dari asnaf setelah mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) genap usia 55 tahun.
Walaupun masih menyara anak yang belajar, beliau tekad dengan kemampuan yang ada, untuk keluar dari asnaf.
Begitulah, kesedaran serta kejujuran amat penting kerana wang zakat yang disalurkan ini, bukan sewenang-wenangnya untuk diagihkan.
Kita berpandukan kepada Al-Quran, hanya 8 golongan sahaja yang berhak untuk menerima wang zakat ini iaitu golongan fakir, miskin, amil, muallaf, gharimin, riqab, fisabilillah dan ibnu sabil. Tiada kurang, tiada tambah.
Terima kasih kepada pengeluar zakat di Selangor.
Kredit: Team Operasi Agihan Asnaf Daerah Hulu Langat LZS
BACA: Asnaf Bekas Pelajar Cemerlang USM Tulis Surat, Mohon Berhenti Terima Bantuan Zakat
Sumber: Lembaga Zakat Selangor