Siakap Keli
bapa serang polis guna jengkaut
Gambar: Vermont State Police

Tak Rela Anak Ditahan, Bapa Nekad Serang Polis Guna Jengkaut

Bapa serang polis guna jengkaut

AMERIKA SYARIKAT – Seorang bapa nekad menghalang anggota polis yang ingin menangkap anaknya menggunakan sebuah jengkaut gred pembinaan.

Menurut polis Vermont, dua anggota polis itu tiba di rumah suspek untuk menangkap suspek atas kesalahan serangan dan pecah rumah, namun telah diserang oleh bapa suspek, lapor NDTV.

“Ibu bapa suspek cuba menghalang penangkapan lalu mengancam dan menyerang anggota bertugas dengan menggunakan jengkaut,” ujar pegawai polis sambil berkongsi rakaman kejadian.

Berdasarkan rakaman, bapa suspek dilihat menghayunkan bilah jengkaut itu ke arah anggota polis.

Selain itu, ibunya juga dilihat menyerang pegawai yang mencuba memegang anaknya.

Salah seorang pegawai dilihat mengacukan pistol ke arah bapa namun tiada sebarang tembakan dilepaskan. Salah seorang anggota polis dilihat bergelut dengan suspek sambil mengelak jengkaut yang sedang berayun itu.

Sejak dikongsi, video itu telah menjadi tular di media sosial. Ia juga dilaporkan telah mendapat lebih 600,000 tontonan.

Video tersebut juga telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen yang menonton.

“Wah, pegawai-pegawai itu menunjukkan kekuatan yang luar biasa,” tulis seorang netizen.

“Polis itu menunjukkan perilaku yang menakjubkan. Saya rasa polis itu wajar melepaskan tembakan,” tulis seorang lagi.

“Sukar dipercayai, saya gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar! Tabik kepada para pegawai dan terima kasih untuk semua yang anda telah lakukan!” tulis yang lain.

Polis negeri itu memaklumkan tiada anggota yang mengalami kecederaan sewaktu penahanan suspek.

Suspek telah berjaya ditahan atas tuduhan serangan, pecah rumah, penganiayaan dan menentang penahanan.

Bapa suspek turut ditahan atas tuduhan serangan ke atas pegawai bertugas dan menghalang tugas anggota polis.

Sumber: NDTV

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.