Siakap Keli
khabar angin Pirates Of The Caribbean
Gambar: The Guardian

Khabar Angin Kembali Dalam ‘Pirates Of The Caribbean’ Hanya Rekaan – Wakil Johnny Depp

Wakil Johnny Depp Dedah Khabar Angin Bakal Kembali Dalam ‘Pirates Of the Caribbean’ Hanya Rekaan

Tular sebelum ini mengenai khabar angin yang mendakwa bahawa Johnny Depp akan kembali membawa watak ikoniknya, Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean yang akan datang.

Malah, aktor berusia 59 tahun itu turut didakwa ditawarkan sebanyak RM1.3 bilion untuk watak itu.

Ia membuatkan rata-rata peminatnya di seluruh dunia teruja dan gembira dengan berita tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh wakil kepada pelakon berkenaan. Menurutnya, ia adalah tidak benar sama sekali, lapor CNN.

“Ini hanya rekaan,” katanya ringkas kepada NBC News.

Tambahan pula, penerbit filem tersebut, Jerry Bruckheimer menjelaskan kepada akhbar The Times baru-baru ini bahawa masih belum dapat dipastikan sama ada Depp akan kembali ke francais itu atau tidak.

“Bukan dalam tempoh waktu sekarang, masa depan masih lagi belum ditentukan,” katanya.

Terdahulu, Depp telah memenangi tuntutan saman fitnahnya terhadap bekas isteri, Amber Heard pada awal bulan ini.

Ia sekaligus mengakhiri perbicaraan yang diadakan selama enam minggu di Virginia, yang menjadi perhatian seluruh dunia.

Depp telah mendapat sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta).

Semasa perbicaraan itu juga, ejen Depp pernah mendakwa bahawa pelakon itu telah disingkirkan daripada siri Pirates of the Caribbean akibat dakwaan keganasan rumah tangga yang dibuat oleh Heard.

Dalam pada itu, Johnny sebelum ini telah menafikan tuduhan itu dan memberi keterangan bahawa dakwaan bekas isterinya telah merosakkan reputasinya.

BACA JUGA: Johnny Depp Menang Saman Fitnah RM65 Juta Terhadap Amber Heard

Sumber: CNN, US Magazine

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.