Siakap Keli
Ribut La Niña
Gambar Via WMO

Ribut La Niña Mungkin Berlaku Hingga Ogos – WMO

Ribut La Niña (sejak 2020) dijangka akan berterusan hingga sekurang-kurangnya Ogos atau mungkin hingga ke musim luruh hemisfera utara dan mungkin hingga permulaan musim sejuk akan datang. 

Menurut Jabatan Meteorologi Dunia (WMO), beberapa ramalan jangka panjang juga mungkin akan berlaku hingga tahun 2023. Jika benar, ia menjadikan ribut ini berlaku tiga kali berturut-turut dalam jangka tiga musim sejuk hemisfera sejak 1950.

Difahamkan, La Niña telah mejejaskan suhu dan corak kerpasan serta kemarau dan banjir serta lebih buruk lagi perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia. 

La Niña merujuk kepada penyejukan suhu pada permukaan lautan secara besar-besaran di tengah dan timur Lautan Pasifik Khatulistiwa, ditambah pula dengan perubahan dalam peredaran atmosfera tropika, iaitu angin, tekanan dan hujan. 

“Ia biasanya mempunyai kesan yang bertentangan terhadap cuaca dan iklim seperti El Niño yang merupakan fasa panas di Southern Oscillation (ENSO). 

“Kemarau yang berterusan di “Tanduk Afrika” dan Amerika Selatan mempunyai ciri-ciri La Niña, begitu juga dengan purata hujan di Asia Tenggara dan Australasia dengan ramalan untuk musim taufan Atlantik yang melebihi purata,” memetik kanyataan dari WMO. 

La Nina adalah cuaca kompleks yang akan berlaku setiap beberapa tahun, ia disebabkan oleh variasi suhu laut di jalur khatulistiwa Lautan Pasifik

Untuk maklumat lanjut berkait La Niña, anda boleh layari laman web rasmi mereka di talian http://ow.ly/NBmw50Junek

Sumber: WMO

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.