Siakap Keli
tarikh hari raya aidiladha
Gambar: MH Daily via Google

Tarikh Hari Raya Aidiladha Bakal Diumumkan Malam Ini

Pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha bagi tahun ini akan diisytiharkan secara rasmi pada pukul 8 malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman Facebook rasmi sebentar tadi.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membuat pengumuman rasmi berkenaan penetapan tarikh rasmi Hari Raya Haji (Aidiladha) bagi tahun 2022 di Malaysia.

“Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1),” maklum kenyataan itu.

Dalam pada itu, JAKIM menambah, keputusan serta kaedah penetapan tarikh tersebut adalah berpandukan cerapan anak bulan.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji/Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi),” tambahnya.

Setakat ini, tarikh asal bagi tahun ini seperti yang sudah dijadualkan dalam kalendar adalah pada 10 Julai depan.

Bagaimanapun tarikh sebenarnya berdasarkan cerapan anak bulan akan diumumkan secara rasmi pada malam ini.

Gambar: FB JAKIM

Sumber: Facebook JAKIM

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.