Siakap Keli
Kredit: Bernama/Google

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Untuk Anda Tunaikan Di Rumah, Masjid & Surau

Esok merupakan 10 Zulhijjah di mana umat Islam akan merayakan Aidiladha atau Hari Raya korban. Justeru, umat Islam sangat digalakkan (sunat muakkad) untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha, iaitu antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah sehingga tergelincirnya matahari.

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI, secara umumnya, solat sunat hari raya Aidiladha mempunyai rukun yang sama seperti solat fardhu, kecuali perkara sunat iaitu takbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua, disertai tasbih antara setiap takbir.

Solat adalah tetap sah jika seseorang terlupa melafazkan takbir yang disunatkan semasa solat hari raya.

Tatacara solat sunat Aidiladha adalah seperti berikut.

Rakaat pertama

  1. Takbiratul Ihram berserta niat
  2. Doa iftitah
  3. Takbir sebanyak 7 kali diselangi dengan lafas tasbih
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Menyempurnakan rukun solat seperti biasa (rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan berdiri untuk rakaat kedua)

Rakaat kedua

  1. Takbir sebanyak 5 kali diselangi lafas tasbih
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Menyempurnakan rukun solat seperti biasa

Anda boleh rujuk PDF ini atau gambar di bawah untuk panduan penuh solat sunat Aidiladha.

Anda juga boleh merujuk teks khutbah Aidiladha di sini.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

Amira

Love yourself.