Siakap Keli
Gambar: Suara.com

Wanita Runsing Baru Kahwin Seminggu, Ibu Mentua Bagi Masa Sebulan Untuk Hamil

Benar, cahaya mata merupakan pelengkap bagi setiap rumah tangga yang telah dibina atas dasar cinta. Sedia maklum, zuriat merupakan satu bentuk rezeki yang diatur oleh Tuhan, kita sebagai manusia hanya mampu berusaha. 

Bermacam-macam kisah kita dapat dengar mengenai rezeki yang satu ini, ada yang setelah nikah terus diberikan rezeki anak tanpa dirancang. Ada juga yang diuji dengan perkahwinan puluhan tahun, tapi masih belum diberikan rezeki seorang anak. 

Lain pula kisah yang dikongsikan oleh pengguna Instagram @igtainmentt mengenai seorang wanita yang mendakwa mentuanya meminta untuk dia melakukan ujian kehamilan, walhal mereka baru sahaja menikah lebih kurang satu minggu. 

“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.

“Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua. 

“Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian,” demikian luahan wanita tersebut, lapor Suara.com. 

Memetik Suara.com, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada pengguna yang lain rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan mentua wanita itu. 

“Wanita bukan kilang anak! Suami harus bertegas soal ini. Saya sedih membacanya,” menurut salah seorang pengguna Instagram. 

“Pada pendapat saya, buat ujian kesuburan sahaja. Isteri abangnya tak hamil langsung, takut suami atau menantunya kurang subur,” komen netizen yang lain, lapor Suara.com. 

BACA: Ribut La Niña Mungkin Berlaku Hingga Ogos – WMO

BACA JUGA: Wanita Dipenjara Ajak Anak Ambil Dadah ‘Ais’, Dakwa Untuk Eratkan Hubungan Kekeluargaan

Sumber: Suara.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.