Aktiviti pinjaman wang secara haram yang juga sering disebut sebagai pinjaman Ahlong telah lama ‘menapak’ di negara kita. Dengan kadar bayaran balik yang sangat tinggi, sesetengah orang terpaksa juga meminjam daripada mereka kerana terlalu terdesak.
‘Geng’ Ahlong kebiasaannya akan ‘menjerat mangsanya’ dengan membuat ugutan berkaitan ahli keluarga si peminjam.
Kini seiring dengan kemajuan teknologi, Ahlong dikatakan turut mempunyai aplikasi yang memudahkan mereka untuk menjejaki maklumat atau butiran peribadi mengenai peminjam.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM), aplikasi pinjaman itu berada di Google Play Store dan Apps Store.
“Ahlong adalah pemberi pinjam wang tidak berlesen dan biasanya mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi (interest) serta menggunakan ugutan terhadap peminjam yang gagal membayar wang pinjaman.
“Jika dahulu peminjam perlu memberikan butiran peribadi, no. telefon rakan atau ahli keluarga sebagai jaminan, memberi bil elektrik/air dll dokumen bagi pinjaman.
“Namun kini Ahlong telah menggunakan aplikasi pinjaman melalui apps store seperti Google Play Store untuk mendapatkan maklumat peribadi peminjam terus dari telefon bimbit peminjam,” kata JSJK.
Tambah jabatan itu lagi, peminjam akan diminta untuk memuat turun aplikasi tertentu dari apps store sebagai proses pinjaman.
Aplikasi tersebut akan meminta mangsa untuk membenarkan maklumat seperti lokasi, gambar, senarai kenalan dan merakam video peminjam.
“Selepas selesai, peminjam akan mengisi maklumat peribadi dan jumlah pinjaman di dalam aplikasi tersebut. Peminjam akan menerima wang pinjaman dari Ahlong.
“Selepas selesai, peminjam akan mengisi maklumat peribadi dan jumlah pinjaman di dalam aplikasi tersebut. Peminjam akan menerima wang pinjaman dari Ahlong,” jelas jabatan itu menerusi kiriman di Facebook.
Sementara itu, bagi anda yang ingin meminjam wang, anda boleh menyemak peminjam wang berlesan melalui aplikasi i-KrediKom yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di https://www.kpkt.gov.my.
https://www.facebook.com/JSJKPDRM/posts/pfbid0VGS5krTdihEyjnMBQHQtZ1g4NSVjEAf3Ydbf91wStK3ohyhjF3gCouFfthEBm6Jvl