Siakap Keli
Gambar: memomedsos

Bayi 3 Bulan Dilapor Maut, Dipercayai Digigit Ibu Kandung Hingga Mati

Bayi 3 Bulan Dilapor Maut, Dipercayai Digigit Ibu Kandung Hingga Mati

BIMA, INDONESIA – Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan ditemui meninggal dunia di Kampung Rasabou, kawasan Bolo, Daerah Bima selepas dipercayai digigit oleh ibu kandungnya sendiri.

“Bayi perempuan yang baru berusia 3 bulan itu dipercayai meninggal dunia akibat luka gigitan yang dilakukan oleh ibunya sendiri,” kata Ketua Perhubungan Awam Bima, Iptu Adib Widayaka dalam satu kenyataan bertulis pada Rabu lalu.

Mangsa mengalami luka kesan gigitan di bahagian pipi kiri, hidung dan tangan kiri. Suspek yang juga merupakan ibu mangsa dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Anggota polis yang datang ke tempat kejadian segera memeriksa keadaan mangsa dan seterusnya menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kejadian bermula ketika penduduk di kawasan tersebut didatangi oleh seorang wanita yang menyatakan bahawa terdapat kes penderaan berlaku.

Dia kemudiannya telah meminta penduduk di situ untuk membantunya memeriksa keadaan mangsa.

Saksi yang mendengar berkenaan perkara itu terus bergegas ke rumah mangsa. Setibanya di rumah suspek, dia telah mendapati mangsa sedang terbaring di atas tikar dan telah dilitup dengan kain batik dalam keadaan tidak bernyawa.

Di samping mayat mangsa, bapa bayi tersebut terlihat sedang menangis sambil melihat ke aras mayat anaknya itu.

Sementara itu, suspek pula dilihat hanya berdiri di hadapan pintu bilik sambil mendukung anak sulungnya yang berumur dua tahun.

“Ketika itu saya bertanya “apa yang kamu buat dengan anak kamu?,” kemudian dia hanya menjawab “saya tak tahu apa-apa” dengan muka yang kebingungan,” katanya.

Susulan daripada laporan yang dibuat, polis segera pergi ke tempat kejadian dan menangkap suspek serta meminta keterangan awal daripada saksi.

Sementara itu, mangsa juga telah dibawa ke hospital di Bolo untuk bedah siasat.

“Berdasarkan kenyataan awal saksi, dia menyatakan bahawa suspek mempunyai sejarah gangguan mental. Maklumat daripada keluarganya juga dikuatkan lagi dengan dakwaan di mana suspek sering dirasuk,” katanya.

Sumber: antaranews

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.