Siakap Keli
jurulatih judo dihukum penjara 9 tahun
Kredit: TaipeiTimes

Hempas Budak Berkali-Kali, Jurulatih Judo Dihukum Penjara 9 Tahun

Hempas Budak Berkali-Kali, Jurulatih Judo Dihukum Penjara 9 Tahun

TAIWAN – Seorang jurulatih judo tidak berlesen dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan menyebabkan kematian seorang budak lelaki berusia tujuh tahun.

Memetik Taiwan Times, jurulatih tersebut telah bertindak menghempas badan budak lelaki itu ke tanah lebih sepuluh kali sehingga mengakibatkan kematian.

Mahkamah menyatakan bahawa jurulatih tersebut tidak mempunyai rasa simpati kerana menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap seorang kanak-kanak yang tidak terlatih.

Jurulatih itu juga didapati gagal untuk berdamai dengan ibu bapa mangsa meskipun telah menyebabkan kematian.

Ahli Majlis Bandaraya Taichung, Jacky Chen memberitahu bahawa keluarga mangsa akan membuat rayuan ke mahkamah tinggi demi membela nasib anak mereka.

Pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa suspek telah mengarahkan para pelajar dalam kelasnya untuk menghempas mangsa ke lantai.

Menurut pendakwa raya, tertuduh tidak mahu mempercayai mangsa

“Mangsa tidak mahu berlatih kerana tidak sihat. Mangsa mengadu kepada suspek bahawa dia berasa sakit kepala. Suspek yang tidak mempercayainya bertambah berang dan mencederakannya selepas mangsa memanggilnya ‘bodoh'”, ujar pendakwa raya.

Menurut pelajar lain, mangsa mengalami muntah-muntah ekoran dihempas ke tanah oleh suspek melebihi sepuluh kali.

Tertuduh mengetahui bahawa mangsa baru sahaja mempelajari judo selama dua minggu dan masih tidak tahu langkah untuk jatuh dengan selamat, tapi selepas dia membersihkan muntah mangsa, dia kembali menghempas mangsa tanpa berhenti sehinggalah mangsa tidak sedarkan diri.

Selepas mangsa didapati pengsan, tertuduh terus menghubungi pihak ambulans. Pasukan perubatan mendapati bahawa terdapat pendarahan dalam otak mangsa.

Mangsa dilaporkan koma selama hampir 70 hari. Pada 29 Jun, selepas keadaan mangsa semakin merosot, ibu bapanya memutuskan untuk memberhentikan bantuan sokongan hayat.

Pendakwa raya dilaporkan mendakwa suspek atas tuduhan melanggar Perkara 112 Akta Perlindungan Kanak-kanak dan Kebajikan dan Hak-hak Belia serta Perkara 277 Kanun Jenayah. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama 9 tahun.

Sumber: Taiwan Times

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.