Kena ‘Block’ Dekat WhatsApp, Wanita Tulis Surat Sepanjang 434 Meter Pujuk Adik Merajuk
INDIA – Seorang wanita dilaporkan menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya bagi menebus kesilapan terlupa berikan ucapan pada ‘Hari Adik’ tanggal 24 Mei lalu.
Menurut Independent, surat seberat 5kg itu ditulis sendiri oleh kakaknya yang bernama Krishnapriya selama 12 jam.
Difahamkan, adik lelakinya, Krishnaprasad, 21, telah menyekat nombor telefon kakaknya itu di Whatsapp.
Disebabkan itu, Krishnapriya memutuskan untuk meluahkan perasaan kasih dan sayang untuk adiknya agar hubungan mereka dapat dipulihkan semula dalam surat tersebut.
Surat sepanjang 434 meter itu diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan ‘Hari Adik’.
Krishnaprasad pada awalnya mengingatkan bahawa bungkusan yang diterimanya itu adalah hadiah hari jadi untuknya. Namun selepas dia membuka bungkusan tersebut, dia terkejut apabila mendapati terdapat surat Dia mendapati terdapat surat seberat 5.27kg dalam bungkusan berkenaan.
“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat ‘Hari Adik’ padanya. Menjelang petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.
“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4, tetapi tidak lama kemudian saya menyedari bahawa ia tidak mencukupi kerana banyak perkara yang perlu saya sampaikan kepadanya.”
“Saya memutuskan untuk membeli kertas lebih banyak namun mereka mengatakan bahawa mereka hanya mempunyai kertas bil gulung jika mahu yang lebih panjang.”
“Saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa kira-kira 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat yang berukuran 434m panjang dan seberat 5kg.”
Krishnapriya telah meluahkan rasa sayang dan cinta kepada adiknya yang tujuh tahun lebih muda daripadanya.
“Jarak umur kami tujuh tahun. Jadi dia menghormati saya dan takut dengan saya seperti ibu atau guru.
“Kami sangat rapat antara satu sama lain dan berkongsi hubungan yang sangat mesra.
“Semasa membesar bersama, kami seperti kembar kerana kami akan memakai pakaian yang sama warna pada majlis-majlis khas keluarga, luah Krishnapriya kepada media tempatan.
“Saya terluka dan sedih sebab dia tidak ucap selamat pada saya sempena ‘Hari Adik’ pada tahun ini. Saya ada menelefonnya tapi dia terlalu sibuk dengan kerja dan tidak boleh bersembang lama. Oleh sebab itu saya tidak bercakap lama ketika dihubungi dan menyekat nombornya di Whatsapp,” ujarnya.
Krishnaprasad turut meluahkan persaan bahagia dia apabila menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu.
Wanita itu dilaporkan mengambil masa kira-kira 12 jam untuk menulis surat itu kepada adik lelakinya.
Sementara itu, dia juga percaya bahawa ia mampu menjadi surat terpanjang yang pernah ditulis dan dia telah memohon untuk mencalonkan surat itu ke dalam senarai Rekod Dunia Guinness.
Sumber: Independence
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%