Siakap Keli
ahmad maslan
Gambar: Twitter Ahmad Maslan

Mat Kilau Jadi ‘Mat Maslan’, Tak Tahu Siapa Edit, Ini ‘Respond’ Ahmad Maslan Sendiri

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan memuat naik sekeping gambar beliau berdiri di sebelah poster gergasi filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan di laman Twitter miliknya.

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian, gambar tersebut telah disunting (edit) pada bahagian wajah watak Mat Kilau (Dato’ Ady Putra) dan nama ‘Mat Kilau’.

Dalam gambar disunting itu, gambar asal Mat Kilau sudah diubah kepada wajah Ahmad Maslan, manakala nama ‘Mat Kilau’ pula disunting menjadi ‘Mat Maslan’.

Namun menurutnya, gambar yang dikongsikan itu bukanlah disunting oleh ‘tangannya’, malah beliau turut menafikan kejadian itu dilakukannya sendiri.

#MatKilau diedit jadi Mat Maslan. Mengedit ini entah kerja siapa.

“Saya post di sini untuk menafikan bukan saya yang edit,” katanya dalam hantaran di Twitter tersebut.

Dalam pada itu tambahnya, beliau juga telah menonton filem inspirasi sejarah berkenaan bersama ahli keluarganya, selain turut memuji karya pengarah genre  aksi terkenal, Syamsul Yusof itu.

“Apa pun, saya dah tonton Mat Kilau dengan keluarga.

Filem sejarah #Melayu yang paling hebat. Satu lagi ialah filem #HangTuah lakonan P. Ramlee (yang berwarna) juga hebat,” kata Ahmad Maslan lagi.

Untuk rekod terkini, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan menjadi filem epik Melayu pertama yang pecah panggung selepas berjaya mendapat kutipan sebanyak RM23.3 juta setakat seminggu ditayangkan.

Rekod terkini angka kutipan pecah panggung itu dikongsikan oleh pengarahnya, Syamsul Yusof dalam satu kenyataan di laman Instagram miliknya pagi tadi.

Sebelum itu, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan mencatatkan peningkatan dalam rekod kutipan dalam skala yang ‘mendadak’ apabila filem itu berjaya mengutip sebanyak RM11 juta hanya kurang empat hari saja.

Disebabkan filem tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat karya sejarah di layar perak, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan ‘berjaya’ memberi impak semangat kepahlawanan Melayu ke dalam diri penontonnya.

Hal tersebut terbukti apabila ramai warganet mula membuat bermacam-macam kandungan (content) berbentuk video yang memaparkan aksi mereka bersilat, berbusana Melayu sambil bertanjak kemas di kepala.

Malah tidak kurang juga, ‘aura’ kepahlawanan Melayu daripada Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan itu juga berjaya ‘merasuk’ ke dalam diri pendakwah dermawan terkenal, Ebit Lew.

Ebit Lew pada semalam memuat naik video beliau membuka buah silat dan ‘menghayunkannya’ kepada seorang individu hingga tertumbang setelah mereka baru selesai menonton filem tersebut di sebuah pawagam.

BACA JUGA: Sampai Tergolek Orang Dibuatnya, Ebit Lew Buka ‘Buah Silat’ Selepas Tonton Mat Kilau

Sumber: Twitter Ahmad Maslan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?