Siakap Keli
rezeki

“Rezeki Tak Salah Alamat,” Tak Sangka Pergi Lepak Dataran Pun Boleh Dapat Kerja Gaji Cecah RM5K

Tak disangkal lagi, mungkin semua orang dah tahu dan setuju dengan kata pujangga ‘rezeki tak pernah salah alamat’ kan. Siapa je yang tak pernah kata-kata ni sewaktu membesar. Kadang-kadang tu tak pernah pon terfikir akan mendapat rezeki tersebut, tiba-tiba dah dapat. Antara rezeki yang dimaksudkan adalah mendapat pekerjaan setelah lama berusaha keras untuk mencarinya.

Seperti situasi di Dataran Amanjaya minggu lepas, ada yang tidak menyangka yang rezeki pekerjaannya bermula di situ. Apa tidaknya, nak pergi ke situ sebab nak lepak-lepak je sebab ada pertunjukan kereta, motosikal, dan lain-lain. Sekali, ternampak ada ruangan interview kerja untuk syarikat-syarikat yang hebat.

Yang bestnya, syarikat yang datang menawarkan kerja pon bukan calang-calang ya. Siap ada syarikat yang tawarkan gaji sehingga RM5k sebulan. Mana tak makin seronok dan semangat. Jadi memang tak buang masa lah, terus siapkan diri untuk menyertai sendiri temuduga tersebut. Mana lah tahu boleh dapat kerja gaji cecah ribuan ringgit. Usaha kena sentiasa ada, baru boleh dapat.

EKSPO TVET@KPLB 2022

Untuk siapa yang tak tahu, sebenarnya temuduga tersebut adalah salah satu daripada aktiviti penting di Ekspo TVET@KPLB yang dianjurkan dari 23-25 Jun 2022 yang lepas. Bukan itu sahaja, bagi lepasan SPM, STPM dan yang ingin sambung pelajaran, mereka seakan sudah tahu hala tuju hidup kerana telah mendapat pendedahan yang meluas tentang bidang yang boleh diceburi.

Antara temuduga yang mendapat sambutan ialah ‘Temuduga Terbuka Anjuran Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Cawangan Sip Pejabat PERKESO Negeri Kedah’ tau. Ramai yang mencuba nasib dengan menghadiri temuduga tersebut. Ini majikan terlibat.

  1. Thong Guan Plastic Technologies SDN BHD
  2. Respack Manufacturing SDN BHD
  3. FMEFAMAX Enginering (M) SDN BHD
  4. SMT Technologies SDN BHD

Sebagai contoh, dalam bidang kemahiran yang sekarang ini kian menjadi sasaran para pekerja untuk diambil bekerja. Dalam event tersebut juga, terdapat 64 calon temuduga yang menyertai bagi mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 3 hari tu. Untuk lebih terperinci, terdapat 32 kehadiran untuk Thong Guan Plastic Technologies dan 17 kehadiran untuk Respack Manufacturing.

Bagi pengetahuan semua pihak, seramai 48,800 pelatih sebenarnya sedang mengikuti pengajian di institusi TVET@KPLB ni. Selain tu, angka ini sebenarnya dijangka jumlahnya akan mencecah 60,000 pelatih apabila pengambilan sesi Julai 2022 bermula.

Ekspo ini sangat memberi manfaat kepada ramai orang lagi-lagi bagi yang belum sambung pelajaran dan juga tidak mempunyai pekerjaan lagi. Besarlah harapan mereka untuk menceburi bidang kemahiran dan juga untuk memulakan kerja baharu sekiranya diterima kelak. Bagusnya, program ekspo ini memang sepatutnya dianjurkan lagi kerana sambutannya sangat menggalakkan.

Program Tahunan KPLB

Jangan risau sebabnya, ini adalah program tahunan KPLB dan dijangka akan buat lagi pada masa akan datang. Para pelajar juga dan juga alumni juga ada yang turut serta mempamerkan hasil kerja mereka disana. Jadi, ianya akan jadi inspirasi pada generasi baru untuk sambung apa yang mereka telah mulakan. Ikut page KPLB untuk dapatkan maklumat pelbagai karnival akan datang.

Nor Fakhry