Siakap Keli

“Kita La Sedih Bagi Anak Makan Macam Tu”, Wanita Sebak Bagi Anak Makan Telur Setiap Hari Selepas Suami Kemalangan

Hidup dan ujian, memang tak boleh dipisahkan. Ibarat adik-beradik, baik atau buruk ia sentiasa ‘ada’ untuk kita. Ada kalanya, jika terlalu berat, ujian itu mampu meruntuhkan kehidupan seseorang.

Tetapi, berbekalkan kecekalan yang kuat dan keyakinan Tuhan selalu ada dengan hamba-hambanya, ada juga yang berjaya bangkit dan menjadi versi diri yang lebih baik berbanding kehidupan sebelum dugaan datang menguji, kan?

Suami diuji terlibat dalam kemalangan, ternyata langit tidak selalunya cerah buat wanita ini apabila secara tiba-tiba, tanggungjawab mencari rezeki dan menjadi ketua keluarga jatuh dibahunya. Apa pilihan yang beliau ada? Mengeluh dengan takdir hidup dan menyerah kalah ujian Tuhan?

Tidak, wanita terus melangkah cekal. Sedikit pun tidak pernah merungut, beliau percaya bahawa Tuhan tidak sesekali menguji melebihi apa yang hambanya mampu lalui. Beliau adalah Puan Rosmahani dan ini kisah wanita besi penuh inspirasi untuk kita semua.

Menurut Puan Rosmahani, beliau sebelum ini bekerja sebagai seorang Jururunding Jualan untuk membantu suami bagi menambah pendapatan keluarga. Ketika itu, kehidupan keluarga mereka sederhana sahaja. Walaupun tidak kaya, namun semua keperluan mereka mencukupi dan kehidupan beliau bersama suami serta tiga anak yang masih kecil dilalui dengan penuh kebahagiaan.

Namun, tanpa disangka-sangka suaminya ditimpa kemalangan pada 2016 dan kehidupannya mereka anak beranak berubah sekelip mata. Terutama bagi Puan Rosmahani sendiri kerana tanggungjawabnya bukan lagi sekadar menyokong ketua keluarga, kerana kini dirinya berubah menjadi ketua keluarga sendiri buat sementara waktu.

“Dia (suami) retak bahu kanan. Bila retak bahu kanan ini, kecederaan itu dah tak boleh nak sembuh. Bila kita bekerja dengan orang, kita tak boleh nak bagi alasan bila tak boleh nak angkat barang yang berat-berat,’’ katanya.

Lebih menghibakan, beliau diuji dengan dugaan tersebut ketika dirinya sarat hamil anak bongsu. Dalam keadaan dirinya begitu, tanggungjawab menjadi ketua keluarga dan pada masa yang sama sebagai ibu untuk menguruskan hal rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah.

Banyak perkara yang perlu dikorbankan dan yang paling meruntunkan jiwa bagi dirinya sebagai seorang ibu, apabila anak-anak yang masih belum mengerti apa-apa juga terpaksa menempuh keperitan hidup yang sama.

“Bila anak minta apa-apa, kami tak mampu nak bagi. Kami hanya mampu menyediakan lauk telur sahaja untuk makan hari-hari,’’ katanya lagi.

Dengan linangan air mata, beliau berkata itulah saat dimana beliau merasakan hidupnya berada di tahap paling bawah apabila mereka sebagai ibu bapa tidak mampu memenuhi permintaan anak-anak sendiri.

“Keluarga tak tahu, kami melalui hidup macam biasa. Hanya anak-anak dan suami sahaja yang tahu keperitan yang saya serta keluarga lalui.

“Telur tu kalau beli sepapan, macam-macam saya olah. Buat telur rebus, buat telur goreng, buat sup telur lah. Anak baru tiga orang masa tu.

“Yang kecil umur 2 tahun, masih tak tahu apa-apa. Hari-hari makan telur dia tak kisah, Alhamdulillah. Yang lagi dua orang pun faham dan tak kisah.

“Tapi kitalah yang sedih, bagi anak-anak makan benda macam tu je kan hari-hari,’’ kongsi Puan Rosmahani lagi.

Namun kata orang, disebalik ujian itu ada rahmatnya yang tersendiri. Berkat sikap tidak mahu mengalah dan percaya Allah adalah sebaik-baik perancang, kehidupan dilalui wanita ini berubah menjadi lebih baik selepas beliau nekad untuk mula berniaga.

Mujurlah, beliau memilih perniagaan yang betul dan sudah terbukti berjaya untuk memulakan hidup barunya. Puan Rosmahani berkata, beliau mula berjinak-jinak dengan jenama Chef Tako dan mencurahkan sepenuhnya, baik masa, tenaga mahupun wang ringgit, dalam perniagaan ini kerana percaya inilah jalan untuk dirinya merubah nasib keluarga.

Ternyata benar, telahannya tidak silap apabila kedai Chef Tako miliknya yang terletak di Lembah Keramat mendapat sambutan ramai hingga meraih jualan mencecah ratusan ribu setahun.

“Sekarang ni, saya dah berniaga secara sepenuh masa. Sebelum ni saya seorang tapi sekarang saya berniaga bersama suami saya. Kami buat sama-sama.

“Hasilnya Alhamdulillah. Sekarang ni saya tiada masalah untuk bayar komitmen bulan-bulan,’’ katanya lebih lanjut.

Apa yang paling membahagiakan dirinya hari ini apabila beliau mampu membeli sebuah MPV, walaupun kereta terpakai, untuk kemudahan mereka sekeluarga terutama sebagai hadiah kepada anak-anaknya.

Tidak menoleh ke belakang lagi, Puan Rosmahani terus melangkah jauh dengan perniagaan Chef Tako yang diusahakannya. Pada 2021, beliau berjaya mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM 216,000.

Ujarnya lagi, beliau berasa amat bersyukur kerana menerima sokongan daripada pengendali jenama Chef Tako yang banyak membantunya dalam menguruskan perniagaan tersebut. Katanya, selain kekuatan jenama yang sudah dikenali ramai, Chef Tako juga menyediakan latihan kepada dirinya sebagai ejen supaya perniagaan yang dijalankan berada di landasan yang betul.

“Kalau kita ada masalah, jangan malu-malu. Tanyalah kepada Chef Tako. Mereka memang ambil berat dengan ejen-ejen jualan,”.

Beliau juga sempat menitipkan pesanan, terutama buat wanita-wanita diluar sana yang menjadi ketua keluarga secara tiba-tiba, supaya mengambil peluang dengan menjadi sebahagian daripada ejen Chef Tako.

“Pertama, kalau anda nak sertai Chef Tako, teruskan niat itu sebab tiada masalah kerana pengasasnya adalah orang kita (Bumiputera), mereka turut sediakan latihan.

“Yang paling, produk Chef Tako adalah halal lagi toyiban. Memang mereka buat sendiri. Tepung semua memang dari kilang Chef Tako sendiri, bukannya diimport dari mana-mana,’’ jelas Puan Rosmahani kepada mereka yang berminat.

Katanya lagi, wanita-wanita tidak perlu risau kerana perniagaan Chef Tako mudah diuruskan dengan masa yang fleksibel. Ia sangat memudahkan kerana anda mempunyai masa untuk menguruskan rumah tangga termasuk keperluan anak-anak dan suami tanpa sebarang masalah.

Ayuh, jika Puan Rosmahani mampu mengubah hidupnya dan mengecapi kejayaan, kini giliran anda pula untuk mengejar masa depan yang lebih cerah bersama Chef Tako.

Daftar segera untuk UBAH HIDUP anda disini https://bit.ly/warriorcheftako. Siapa tahu, rezeki anda sudah tertulis dengan Chef Tako.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan Facebook Chef Tako.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.