Siakap Keli
Gambar: Twitter Jokowi

Selepas Jokowi Jumpa Putin, Rusia Dilapor Sedia Buka Laluan Eksport Gandum Ukraine

Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo dilaporkan bertemu dengan Presiden Russia, Vladmir Putin di Moscow pada Khamis, 30 Jun 2022 dan berkata bahawa Russia bersetuju untuk membuka laluan eksport gandum Ukraine. 

“Saya sangat menghargai Presiden Putin kerana beliau bersetuju menyediakan jaminan keselamatan untuk bekalan makanan dan baja dari kedua-dua buah negara Ukraine dan juga Russia,” kata Jokowi semasa sidang akhbar bersama Putin di Kremlin, lapor Nikkei Asia. 

Jokowi berkata bahawa beliau menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengintegrasikan semula produk makanan dan baja dari Ukraine dan Russia ke dalam rantaian bekalan global, termasuk rancangan untuk membuka laluan Laut Hitam untuk eksport bijirin Ukraine. 

Difahamkan, PBB dilaporkan telah berbincang dengan kedua-dua buah negara dan termasuk Turki berkaitan rancangan tersebut. 

“Makanan dan juga baja adalah ‘isu kemanusian’ dan ratusan juta rakyat telah terjejas disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan makanan, khususnya di negara-negara yang sedang membangun,” jelas Jokowi. 

“Kami bersedia untuk memenuhi permintaan pengeluar dalam sektor pertanian dari Indonesia dan negara-negara lain untuk bekalan baja nitrogen, fosfat, baja potash dan bahan mentah untuk pengeluaran mereka,” kata Putin, lapor Nikkei Asia. 

Rusia telah menyekat laluan Laut Hitam untuk menghalang eksport Ukraine kerana mendakwa mereka cuba ‘mencekik’ ekonomi negara. Hal ini telah mengganggu keluar masuk bahan makanan seperti gandum.

Perjanjian itu dipersetujui sejurus selepas tentera Moscow meninggalkan singkapan Laut Hitam Ukraine yang terletak di Pulau Ular. Rusia mendakwa pengunduran tersebut sebagai simbolik niat baik, manakala Ukraine pula mendakwa Rusia berundur selepas pihaknya mengebom dan memusnahkan kemudahan artileri Rusia di pulau tersebut.

Presiden Jokowi dilaporkan mendarat di Lapangan Terbang Vnukovo di Moscow sekitar tengah hari waktu tempatan selepas dua jam perjalanan menaiki Garuda Indonesia. Beliau seterusnya meninggalkan Moscow ke Dubai pada malam Khamis. 

Perjalanan tersebut telah membawa pemimpin Indonesia itu ke kemuncak perbincangan Group of Seven di Jerman bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. Sebelum tiba di Moscow, Jokowi berada di Kyiv, Ukraine untuk bertemu dengan Zelensky

Menurut Nikkei Asia, Jokowi berkata beliau akan berusaha untuk membincangkan krisis makanan global dengan pemimpin Russia dan Ukraine. Kedua-dua negara ini merupakan pembekal utama gandum kepada pasaran global, manakala Russia juga merupakan pengeksport utama baja. 

Sumber: Nikkei Asia

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.