Siakap Keli

Tular Foto Minyak Masak Hari Ini, Harga Minyak 5kg Didakwa Naik Jadi Lebih RM 40 Sebotol

Hari ini, tular beberapa keping foto harga minyak masak botol 5kg yang didakwa mendadak naik harga susulan kerajaan tidak lagi memberikan subsidi bagi minyak masak saiz berkenaan bermula hari ini.

Difahamkan, pengguna media sosial mendakwa harga minyak masak berkenaan mencecah hingga lebih RM45 setiap bermula hari ini, 1 Julai 2022.

Berdasarkan perkongsian yang menjadi tular lagi, turut dibandingkan dengan harga lama dimana minyak masak botol 5kg dijual pada harga RM 29 sebelum ini.

Hal tersebut mungkin berkait rapat dengan kenyataan media Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tempoh hari yang mengatakan bahawa kerajaan akan menamatkan program subsidi minyak botol bermula 1 Julai 2022.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak paket 1kg dan sebanyak 60,000 metrik minyak masak telah disubsidi pada setiap bulan. 

Difahamkan, kerajaan melaksanakan pemberian subsidi sementara bagi minyak masak botol 2kg dan 5kg bagi meringankan beban rakyat yang terkesan disebabkan oleh pandemik, lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam golongan B40.

Dalam pada itu, kerajaan memaklumkan bahawa penarikan semula pemberian subsidi tersebut dibuat kerana terdapatnya penyelewengan minyak masak tersebut.

“Melihat kepada penyelewengan yang berlaku, oleh itu kerajaan telah membuat keputusan iaitu tiada lagi keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana ia tidak lagi menepati objektif untuk kita teruskan.

“Kerana tujuan kita perkenalkan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terjejas dengan pandemik Covid-19,” jelas beliau dalam sidang media tempoh hari.

BACA: Selepas Jokowi Jumpa Putin, Rusia Dilapor Sedia Buka Laluan Eksport Gandum Ukraine

Sumber: Penang Kini, Aduan Rakyat Kedah

Faiz Mustafa