Siakap Keli
bil hospital ayah
Gambar Via Wisconsin Public Radio/Medical News Today

Wanita Terkejut Bil Hospital Ayah Sampai RM60K, Menyesal Tak Buat Benda Ni Awal-Awal

Tak sangka bil hospital ayah sampai RM60,000, ikuti kisah wanita ini yang pernah menghadapi situasi genting, diuji ketika ayahnya kritikal 

Menerima berita buruk tentang ahli keluarga pastinya mengundang keresahan dan rasa sebak, apatah lagi kalau ia membabitkan ibu bapa.

Dalam keadaan ini, dalam benak kita mungkin hanya memikirkan kesembuhan orang tua. Tidak kira berapa banyak kos yang perlu ditanggung, asalkan ibu bapa kita sihat seperti sedia kala.

Tidak dinafikan, sebagai anak, semestinya kita ingin memberikan rawatan terbaik untuk kedua ibu bapa yang tak pernah berkira dalam membesarkan kita selama ini. Begitu juga dengan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ain ini.

Menerima khabar keadaan kesihatan ayahnya semakin merosot membuat Ain tidak fikir lama dan terus menghantar si ayah ke salah sebuah hospital swasta di tempatnya untuk mendapat rawatan segera.

Ain ketika dihubungi berkata, ayahnya memang menghidap penyakit darah tinggi sebelum ini. Namun tidak disangka-sangka si ayah rupanya turut mengalami jantung tersumbat dan perlu menjalani pembedahan yang kosnya bukanlah murah.

“Jantung abah dah tersumbat tahap kritikal..”

Abah saya memang ada penyakit lain macam darah tinggi tapi tak pernah tahu pun sebenarnya jantung dia dah lama tersumbat. Tiba-tiba tahun lepas dalam bulan Mei abah start rasa sesak nafas dan sakit dekat jantung.

Dua hari lepas tu abah hampir pitam, so terus pergi hospital swasta dan doktor cakap abah kena operation secepat mungkin sebab jantung dah ada empat tempat tersumbat tahap kritikal.

Lima hari dalam ICU (unit rawatan rapi) kemudian abah selamat buat operation bypass. Tapi doktor cakap buah pinggang pula ada masalah jadi terpaksa pakai mesin for support.

Terkejut bil hospital sampai RM60 ribu

Alhamdulillah dua hari lepas tu abah tak perlu pakai mesin dah so boleh pindah ke wad biasa sampai dua minggu lebih kurang. Tapi saya terkejut jugak la total cost sampai RM60 ribu.

Abah memang ada duit simpanan tapi takda la sampai RM60 ribu. Kami satu family pulak seorang pun takda yang ambil insurans/takaful.

Jadi susah sikit la bila jadi benda macam ni. Nak taknak terpaksa mintak tolong ahli keluarga lain dulu sebab memang tak sangka keadaan abah boleh seteruk tu dan cost sampai sebanyak tu.

Lepas operation pun abah still kena pergi hospital untuk check up every week sampai la doktor cakap dah tak perlu datang. Sampai sekarang abah still kena pergi check up.

Kami hantar abah pergi hospital swasta sebab nak cepat dan kalau boleh nak rawatan terbaik untuk abah. Tapi itulah, benda tak sangka.

Tak perlu bimbang jika ada insurans/sijil takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT)

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kebimbangan terhadap bil hospital seperti situasi Ain ini sebenarnya dapat diatasi dengan Insurans/sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Polisi insurans/sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan atau MHIT adalah polisi yang diwujudkan untuk membantu kos rawatan peribadi seperti bil hospital dan rawatan kesihatan. MHIT sangat membantu sekiranya anda didapati menghidap penyakit yang boleh disembuhkan atau terlibat kemalangan.

Perlindungan di bawah MHIT akan disediakan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berdaftar dengan pelan premium. Tapi pastikan anda mengambil pelan ini dengan syarikat insurans atau pengendali takaful atau wakil yang berdaftar sahaja. Untuk menyemak sama ada ejen/wakil anda berdaftar. Sila layari www.liam.org.my, www.malaysiantakaful.com.my atau www.piam.org.my.

Kenapa MHIT penting?

MHIT sangat penting bukan sahaja untuk anda, tetapi juga untuk ahli keluarga. Hal ini adalah untuk menjamin:

1. Jaringan keselamatan kewangan

Memastikan anda dan keluarga mempunyai kehidupan yang terjamin jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

2. Melindungi pemegang polisi atau sijil

Menerima rawatan perubatan yang cukup dan tepat pada masanya, dengan perlindungan perubatan yang komprehensif.

3. Mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai

Berupaya menerima rujukan terbaik setelah mengumpul pendapat perubatan daripada doktor yang berlainan.

4. Menampung kos perubatan

Kelebihan untuk mendapat akses kepada rawatan perubatan yang tepat pada masa untuk mengurangkan kesan-kesan dari inflasi perubatan.

Macam mana nak pilih pelan yang sesuai?

Sebelum anda pilih pelan yang sesuai untuk polisi/sijil MHIT ni, anda perlu faham terlebih dahulu jenis insurans atau takaful yang anda perlukan. Empat jenis insurans atau takaful yang ditawarkan termasuk:

1. Insurans/ takaful kemasukan ke hospital dan pembedahan

Pelan jenis ini menyediakan tuntutan untuk kos kemasukan ke hospital dan pembedahan bergantung kepada keadaan yang tersenarai di bawah polisi/sijil.

2. Insurans/takaful penyakit kritikal

Insurans/takaful penyakit kritikal akan melindungi anda sekiranya disahkan menghidap mana-mana penyakit kritikal atau penyakit-penyakit tertentu.

3. Insurans/takaful pendapatan hilang upaya

Melalui pelan insurans/takaful hilang upaya, pendapatan yang sepatutnya anda perolehi sepanjang tempoh ketidakupayaan (tidak mampu bekerja akibat kecederaan atau sedang sakit) akan ditanggung pihak insurans atau takaful.

4. Insurans/takaful pendapatan sepanjang kemasukan ke hospital

Pelan insurans/takaful ini akan membuat bayaran secara harian, mingguan atau bulanan, bergantung kepada had tahunan, sekiranya anda perlu tinggal di hospital untuk tempoh pemulihan dari penyakit atau kecederaan.

Sesebuah syarikat insurans atau pengendali takaful mungkin menawarkan kesemua jenis pelan ini untuk anda mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Tapi anda juga perlu berhati-hati sebelum memilih pelan yang sesuai.

Oleh itu, anda perlu mengambil masa berbincang dengan syarikat insurans atau takaful atau ejen berdaftar sebelum melanggan pelan MHIT yang anda perlukan.

Adalah sangat penting untuk anda memahami skop yang dilindungi di bawah polisi/sijil, terma dan syarat serta kos yang ditanggung pihak insurans/ pengendali takaful. Anda juga perlu mengambil kira implikasi sekiranya anda ingin bertukar polisi atau beralih kepada syarikat insurans/ pengendali takaful yang lain.

5 langkah mudah ‘claim’ MHIT

1. Sebelum dapatkan rawatan, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful langganan anda untuk pastikan sama ada rawatan tersebut boleh mendapat tuntutan insurans atau takaful.

2. Pihak hospital mungkin akan minta anda untuk mengisi dan menandatangani borang tuntutan (claim form).

3. Terus berhubung dengan pihak insurans atau takaful untuk mengetahui status tuntutan anda.

4. Syarikat insurans atau takaful mungkin mempunyai cara tuntutan yang berbeza bergantung kepada jenis polisi/sijildan langkah yang ditetapkan syarikat masing-masing.

Sesetengah pihak insurans atau takaful menawarkan guarantee letter kepada pihak hospital (kemasukan tanpa tunai) yang menyatakan syarikat insurans/takaful akan menanggung kos rawatan anda seperti yang tertera di atas bil atau resit hospital.

Kemasukan tanpa tunai atau cashless admission privilege ini hanya tertakluk kepada hospital atau pakar perubatan panel yang ditetapkan pihak insurans atau takaful sahaja.

Jika anda mendapat rawatan di hospital atau pakar perubatan yang tidak tersenarai sebagai panel, anda perlu menjelaskan bil rawatan terlebih dahulu dan menuntut semula (claim) kos berkenaan dengan pihak insurans atau takaful.

5. Notis bertulis perlu diserahkan kepada pihak insurans atau takaful secepat mungkin atau dalam tempoh 30 hari dari masa rawatan sekiranya anda didapati mengalami ketidakupayaan yang membolehkan tuntutan.

Semua dokumen tuntutan perlu dikepilkan bersama salinan asli resit atau bil hospital, laporan lengkap dari doktor, ringkasan kos rawatan perubatan dan surat rujukan (referral letter).

Untuk ketahui lebih lanjut tentang polisi MHIT, sila layari laman web rasmi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) di pautan tertera.

Sofea

Iqra'.