Siakap Keli
datuk bandar mexico
Gambar via Daily Mail

Dakwa Dapat Bawa Kemakmuran, Datuk Bandar Di Mexico Kahwini Aligator

Seorang Datuk Bandar di Mexico dilaporkan telah berkahwin dengan seekor aligator dalam satu ritual perkahwinan di kampung Oaxaca baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Victor Hugo Sosa berkahwin dengan haiwan itu sebagai sebahagian daripada ritual perkahwinan Orang Asli lama yang didakwa boleh membawa kemakmuran kepada kampung itu.

Reptilia yang berusia tujuh tahun dan dikenali sebagai ‘Little Princess’ itu dianggap sebagai dewa yang mewakili tanah air negara tersebut.

datuk bandar mexico
Gambar Via Daily Mail

Perkahwinan itu pula didakwa melambangkan penggabungan manusia dengan ‘Tuhan’.

Dalam satu majlis yang penuh warna-warni, orang ramai dilihat sedang menari sambil diiringi muzik tradisional.

Malah, mereka dilihat meminta Datuk Bandar itu mencium ‘pengantin perempuan’ tersebut.

Ibu baptis yang menganjurkan perkahwinan itu, Elia Edith Aguilar berkata bahawa dia sangat gembira dan bangga dengan asal usulnya.

“Ia satu tradisi yang sangat indah, adalah satu keistimewaan untuk diamanahkan bagi menjalankan upacara ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga menghabiskan banyak masa untuk memikirkan mengenai pakaian yang akan dipakai oleh aligator terbabit.

datuk bandar mexico
Gambar: Daily Mail

Dalam pada itu, bahagian muncung aligator kecil itu diikat dengan rapat untuk mengelakkan sebarang gigitan yang tidak diingini ketika Datuk Bandar menciumnya sepanjang majlis.

Difahamkan, ritual perkahwinan itu mungkin bermula sejak berabad-abad lamanya hingga zaman pra-Hispanik dalam kalangan masyarakat Orang Asli Chontal dan Huave di negeri Oaxaca.

Sementara itu, Sosa berkata mereka melakukan ritual itu untuk meminta kepada alam agar menurunkan hujan, makanan yang mencukupi dan sungai dipenuhi dengan ikan.

Oaxaca yang terletak di selatan Mexico itu boleh dikatakan sebagai negara yang kaya dengan budaya Orang Asli.

San Pedro Huamelula pula sebuah perkampungan nelayan kecil di pantai Pasifik Oaxaca.

BACA:Demi Memenuhi Permintaan Terakhir Bapa, Seorang Lelaki Sanggup Berkahwin Dengan Patung Kayu

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.