Siakap Keli

Sempat Minta Tolong, Budak Enam Tahun Dilapor Maut Dibaham Harimau Bintang

Sempat Minta Tolong, Budak Enam Tahun Dilapor Maut Dibaham Harimau Bintang

INDIA – Seorang budak perempuan berusia 6 tahun dilapor maut setelah diterkam dan diserang oleh harimau bintang berhampiran rumahnya.

Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan sebelum ditemui mati oleh keluarganya, lapor The Sun.

Difahamkan, harimau bintang itu telah bertindak menerkam dan menyeret mangsa ketika dia sedang bermain di kawasan rumahnya.

Berdasarkan rekod tempatan, dalam tempoh sebulan, kanak-kanak perempuan itu merupakan mangsa yang keempat telah maut di wilayahnya akibat diserang oleh harimau bintang.

Menurut laporan, abang mangsa juga pernah diserang oleh harimau bintang pada bulan lepas namun berjaya meloloskan dirinya.

Penduduk tempatan bergegas mencari mangsa sejurus insiden itu dilaporkan oleh ahli keluarganya. Namun, selepas 30 minit proses pencarian, penduduk tempatan hanya menemui mayat gadis itu.

Suasana hiba telah menyelubungi penduduk setempat ekoran insiden ngeri itu. Mereka juga meratapi kematian budak perempuan itu.

Sebuah rakaman yang memaparkan penduduk tempatan giat mencari kanak-kanak dan harimau bintang itu turut dikongsikan.

Penduduk kampung juga menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk memburu harimau bintang yang telah mengorbankan empat kanak-kanak tidak bersalah itu.

“Kami meminta kerajaan semasa sama ada menghapuskan atau memerangkap harimau bintang itu dengan menggerakkan semua sumber yang ada,” kata seorang penduduk tempatan.

“Kami baru-baru ini menemui seekor harimau bintang yang sedang mengintai-intai namun jabatan hidupan liar hanya menyediakan sangkar dan itu sahaja.”

“Mereka telah kehilangan anak perempuan tersayang mereka. Siapa yang perlu bertanggungjawab sekarang?”

Serangan harimau bintang telah meningkat sejak permulaan musim panas di Kashmir.

Hal ini secara tidak langsung meningkatkan rasa takut penduduk tempatan selepas seorang lagi kanak-kanak kehilangan nyawanya.

Pegawai dan pihak berkuasa hidupan liar juga telah memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk mengawasi anak-anak mereka.

Sejak 2007, sekurang-kurangnya 231 orang terbunuh dan lebih 2,810 lagi cedera akibat harimau bintang, dan serangan beruang di Himalaya.

Bulan lalu, kira-kira 50 pemburu telah dikerahkan untuk mengesan dan membunuh seekor harimau bintang yang berkeliaran berhampiran Baramulla.

Rutba Manzoor, 8, Shahid Ahmed, 12, dan Muneer Ahmad, 15, semuanya dibunuh oleh harimau bintang itu.

Kerajaan tempatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membiarkan anak-anak mereka pergi ke hutan berhampiran sendirian.

Murid sekolah juga diminta hadir ke sekolah hanya selepas jam 9 pagi bagi mengelak kejadian sebegitu di khalayak ramai.

Rashid Naqash, warden hidupan liar serantau, memberitahu media tempatan, haiwan itu tidak boleh diramalkan. Haiwan itu boleh sahaja menyerang pada bila-bila masa.

Sumber: The Sun

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.