Budak Tiga Tahun Dilapor Maut, Terjatuh Dari Tingkat 29
NEW YORK – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah pangsapuri di sini, lapor Sky News.
Pihak polis menemui kanak-kanak sedang terbaring di atas perancah tingkat tiga sambil mengalami kecederaan serius selepas menerima panggilan pada pukul 11 pagi Sabtu lalu.
Kanak-kanak itu kemudiannya telah digegaskan ke hospital berdekatan namun telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu, kata pihak berkuasa.
“Kami percaya kanak-kanak itu keluar melalui tingkap, namun bagaimana kejadian tersebut berlaku masih lagi dalam siasatan,” kata jurucakap polis kepada Associated Press.
Undang-undang New York City menetapkan bahawa pemilik bangunan perlu memasang pelindung tingkap sekiranya kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah menetap di sana.
Mereka juga turut perlu memasang penghadang tersebut jika penyewa atau penghuni meminta mereka berbuat demikian.
Tidak dapat dipastikan sama ada penghadang tingkap itu telah dipasang di apartment itu atau pun tidak.
Jurucakap polis menyatakan bahawa, kematian kanak-kanak itu masih dalam siasatan kerana terdapat dua individu yang berada dalam pangsapuri berkenaan ketika insiden tersebut berlaku.
Sumber: Sky News
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%