Siakap Keli
george rusell lompat keluar
Kredit; The Sun

Tindakan George Rusell ‘Melompat’ Keluar Dari Kereta Untuk Periksa Keadaan Zhou Dihujani Pujian

Tindakan George Rusell ‘Melompat’ Keluar Dari Kereta Untuk Periksa Keadaan Zhou Dihujani Pujian

ENGLAND – Pelumba kereta terkenal, George Rusell diangkat sebagai ‘wira’ selepas melompat keluar daripada keretanya bagi memeriksa keadaan Zhou Guanyu yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Grand Prix British.

Kereta milik Zhou Guanyu telah terbabas dan terbalik sehingga merempuh ke kawasan penghadang selepas berlanggar dengan kenderaan milik Rusell, lapor The Sun.

Dilaporkan, ekoran pertembungan yang berlaku itu, perlumbaan terpaksa dihentikan selama hampir sejam.

Kemalangan ngeri itu turut melibatkan Aston Martin yang dipandu oleh Sebastian Vettel melanggar Alex Albon, Pierre Gasly dan Esteban Ocon.

Selepas kemalangan itu berlaku, Rusell telah bergegas melompat keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan Zhou meskipun pada ketika itu dia sepatutnya kembali ke ‘pitlane’ disebabkan bendera merah telah diangkat.

Zhou telah dihantar ke pusat perubatan untuk diperiksa dan kereta yang dipandunya dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan serius.

Walau bagaimanapun, Albon telah dibawa ke hospital melalui helikopter selepas kemalangan itu berlaku.

Tindakan spontan Russell itu telah dihujani dengan pelbagai pujian daripada netizen di media sosial.

Antaranya, “George Russell sangat bagus kerana tidak kisahkan tentang  perlumbaan itu dan terus melompat keluar dari keretanya untuk memeriksa Zhou.”

“George Russell terus berlari ke arah Zhou untuk memeriksa sama ada dia baik-baik sahaja selepas kemalangan yang mengerikan itu.”

“Saya enggan mendengar sesiapa lagi bercakap buruk tentang George Russell! Pada masa ini dia adalah wira yang mengetepikan segala-galanya tanpa berfikir panjang demi memeriksa rakan pemandu yang baru sahaja mengalami kemalangan ngeri. Hormat namanya.”

Ketika perlumbaan Grand Prix British yang dramatik itu diteruskan, Russell sempat memuat naik ciapan di laman Twitternya, “Pertama sekali, perkara yang paling penting ialah Zhou ok.”

“Ia adalah insiden yang menakutkan dan semua patut diberi penghargaan terutamanya pihak marshal dan pasukan perubatan atas respon pantas mereka.”

Difahamkan bahawa kemalangan ini adalah merupakan kemalangan kedua yang mengejutkan berlaku di Silverstone selepas Formula 2 di mana, para peminat terpaksa menyaksikan kemalangan ngeri antara Dennis Hauger dan Roy Nissany.

Sumber: The Sun

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.