Siakap Keli
dapat ratusan hadiah barang kemas
Gambar Via Wolipop

Tuah Di Hari Bahagia, Pasangan Pengantin Tular Dapat Ratusan Hadiah Barang Kemas Dari Tetamu

Tuah Di Hari Bahagia, Pasangan Pengantin Tular Dapat Ratusan Hadiah Barang Kemas Dari Tetamu

Sebuah majlis perkahwinan di Vietnam tular apabila kedua mempelai dikatakan sarat memakai perhiasan emas yang diberi oleh para tetamu, lapor laman Wolipop.

Berdasarkan sekeping gambar yang tular di media sosial, pasangan suami isteri itu kelihatan gah bak bangsawan apabila mengenakan ratusan gelang, rantai dan cincin emas yang telah dihadiahkan oleh para tetamu.

Pernikahan itu dipercayai telah berlangsung di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe, Vietnam.

Menurut rakan pengantin perempuan, keluarga kedua-dua mempelai merupakan antara golongan yang terkaya di daerah tersebut.

“Keluarga pengantin merupakan orang kaya di daerah itu. Jadi selama majlis pernikahan, pasangan itu menerima banyak hadiah, termasuk gelang dan cincin emas,” katanya.

Hanya dalam beberapa jam, pasangan pengantin sudah menerima ratusan perhiasan emas. Bahkan masih banyak kerabat dan tetamu undangan yang menunggu giliran naik ke atas pelamin untuk memberikan hadiah.

Gambar via Wolipop

Gambar yang dikongsikan di media sosial itu telah tular selepas beberapa minit dimuat naik dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

“Pengantin wanitanya cantik, pengantin lelaki pun tampan. Mereka merupakan pasangan yang sesuai. Selain itu, keluarga kedua belah pihak juga sama-sama kaya.

“Jadi wajar saja kalau keduanya menerima hadiah pernikahan yang banyak. Semoga pasangan ini mendapatkan kebahagiaan seumur hidup. Saya sangat mengaguminya,” kata seorang netizen.

“Setiap gadis di Bac Ninh cantik dan kaya. Seingat saya, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan dipenuhi emas, sebelumnya juga ada beberapa perkahwinan seperti ini. Tahniah untuk pasangan ini. Semoga kalian berdua bahagia sampai akhir hayat,” kata seorang lagi netizen.

BACA: Elak Tertipu, Ini Cara Nak Beza Emas Tulen Dan Emas Palsu

 

Sumber: Wolipop

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.