Siakap Keli
prank tarik tudung

Tular Video Dipercayai Prank Tarik Tudung Wanita, Polis Sahkan Sudah Terima Laporan

Polis telah menerima satu laporan berkaitan video yang tular di media sosial dipercayai ‘prank’ tarik tudung terhadap dua wanita. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, seorang lelaki telah tampil membuat laporan polis pada Isnin mengenai video yang dimuat naik olehnya. 

“Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial,” katanya, lapor Sinar Harian. 

Walau bagaimanapun, menurut Ashari, dua wanita dari dalam video tersebut masih belum buat sebarang laporan kepada pihak mereka. 

“Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah pun membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran memuat naik video tersebut di saluran Youtube miliknya menerusi akaun yang sama sejurus selepas tercetusnya kontroversi. 

Menerusi video yang sama, dua wanita yang terlibat dalam video ‘prank’ tarik tudung itu juga turut tampil memohon maaf kepada mereka yang tersinggung sebaik sahaja menonton rakaman tersebut. 

Lelaki itu turut menjelaskan bahawa dua wanita yang terlibat dalam video kontroversi itu merupakan rakannya.

BACA: Kenaikan OPR Bakal jejas Sosio Ekonomi Rakyat, Pertumbuhan Ekonomi Negara

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa