Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg memaklumkan bahawa syarikatnya telah mencipta satu model Artificial Intelligence (AI) yang mampu menterjemah 200 bahasa berbeza secara sumber terbuka.
Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, Mark berkata projek itu dipanggil sebagai No Language Left Behind dan ia akan membantu terjemahan berkualiti tinggi untuk bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di seluruh dunia.
“Untuk memberi gambaran mengenai skala, model 200 bahasa itu mempunyai lebih 50 bilion parameter dan kami melatihnya dengan menggunakan SuperCluster Penyelidikan baharu kami, yang merupakan salah satu superkomputer AI terpantas di dunia,” katanya.
Menurutnya, perkembangan itu membolehkan lebih daripada 25 bilion terjemahan akan dilakukan setiap hari merentasi aplikasi-aplikasi syarikat itu.
“Komunikasi rentas bahasa ialah satu kuasa besar yang disediakan oleh AI, namun selain dapat memajukan kerja kami, ia turut meningkatkan segala perkara yang pernah kami lakukan sebelum ini
“Antaranya, ia dapat memaparkan kandungan yang paling menarik di Facebook dan Instagram, dapat mengesyorkan iklan yang lebih berkaitan dengan kehendak dan memastikan perkhidmatan yang kami sediakan ini selamat digunakan oleh setiap orang,” katanya.
Pengumuman ini sekaligus menjadikan internet khususnya media sosial di bawah Meta menjadi tempat yang lebih inklusif untuk berkomunikasi walaupun bahasa yang dituturkan jarang atau kurang digunakan.
Sumber: FB Mark Zuckerberg