Anak sudah berumur tujuh tahun tapi masih belum pandai nak baca buku? Ibu ayah kena hati-hati, ada beberapa ‘red flag’ yang patut anda risaukan.
Teringat zaman sekolah dulu, kalau ada murid yang gagap membaca, pasti dirotan cikgu. Tapi, disebabkan didikan begitulah kita jadi orang berjaya sekarang. Kini, barulah kita tahu kenapa ibu bapa dan cikgu-cikgu risau sangat kalau seseorang pelajar itu lambat membaca atau belajar.
Menurut Pengarah The Reading Foundation, Steve Truch, kanak-kanak berusia tujuh ke lapan tahun harus berada pada tahap yang baik untuk membaca buku.
4 ‘red flag’ jika anak masih belum boleh membaca
Ujar Steve, ibu bapa perlu memberi perhatian jika terdapat sejarah ahli keluarga terdahulu yang mengalami masalah lambat belajar atau mengidap disleksia.
Hal ini kerana terdapat komponen genetik yang menyebabkan masalah tersebut. Misalnya, jika seorang anak di dalam keluarga mengalami masalah pembacaan, bermakna terdapat 50 peratus kemungkinan adik-beradik seterusnya mempunyai masalah sama, katanya.
Kedua, ibu bapa juga perlu risau jika anak pernah mengalami speech delay iaitu masalah lambat bertutur sewaktu kecil kerana mereka lebih cenderung menghadapi masalah lambat membaca, ujar Steve.

Selain itu, ibu bapa patut beri lebih perhatian jika anak-anak kehilangan skil atau sering terlupa apa yang telah dipelajarinya. Sebagai contoh, anak tidak dapat bezakan huruf ‘b’ dan ‘d’ walaupun sering diajar sebelum ini.
Red flag terakhir ialah apabila anak-anak sendiri tidak menunjukkan minat untuk belajar membaca. Menurut Today’s Parent, majoriti anak-anak sukakan huruf dan nombor serta teruja untuk belajar menulis nama sendiri. Namun bagi anak-anak yang mengalami masalah pembacaan, mereka tidak menunjukkan rasa ingin tahu ketika diperkenalkan huruf kepada mereka.
Bagi keadaan ini, ibu bapa boleh membantu dengan meluangkan masa bermain game melibatkan perkataan yang merangsang memori di samping membaca buku bersama dengan anak secara ‘bertentang mata’. Tipsnya, cari buku berwarna dengan plot yang lebih pendek, tidak membosankan serta mempunyai saiz tulisan yang baik.
Mana nak cari buku sesuai?
Jadi di mana sebenarnya nak beli buku terbaik untuk anak-anak? Jawapannya ialah di POPULAR. Bermula 8 hingga 11 Julai ini, BIG SALE berlangsung di 38 kedai buku POPULAR/HARRIS terpilih. Bolehlah ibu bapa borong sakan pelbagai jenis buku kanak-kanak untuk anak anda.


Selain itu, bagi ahli Kad POPULAR pula, anda boleh menikmati diskaun STOREWIDE sebanyak 20 peratus bagi pembelian bermacam-macam barangan seperti alat tulis; gajet dan IT; CD dan DVD; buku-buku pelbagai genre seperti fiksyen, gaya hidup, bukan fiksyen, kanak-kanak, komik dan banyak lagi.

Bagi yang belum jadi ahli Kad POPULAR? Jangan risau. Anda boleh mendaftar kad keahlian POPULAR bagi dua kategori. Pertama, daftar baharu atau perbaharui (renew) kad POPULAR atau e-card untuk tempoh tiga tahun dan dapat baucar tunai RM10. Kedua, daftar baharu atau renew kad POPULAR atau e-card untuk tempoh setahun dan dapat baucar tunai RM6. Menariknya, kedua-dua baucar ini boleh digunakan serta-merta.
Dalam pada itu, anda juga berpeluang berjimat gila-gila sehingga 60 peratus dengan pembelian mana-mana 50 item terpilih seperti buku-buku, CD, Vinnfier Momento 5 True Wireless Earphone, Kingmax Flash Drive 32GB dan banyak lagi.

Asyik keluar duit saja, dapat duit tiada? Ada. Sepanjang POPULAR’s BIG SALE ini, dengan perbelanjaan ‘besar-besaran’ bernilai RM150 dan ke atas, anda berpeluang untuk menerima baucar tunai bernilai RM10.
Satu lagi yang menarik iaitu Purchase-With-Purchase (PWP), kalau anda berbelanja RM80 dan ke atas, anda boleh beli item khas 3M Scotch Titanium Detachable Kitchen Scissors atau power bank ONPRO 10,000mAh 18w Fast Charge pada harga istimewa dengan diskaun hingga 50 peratus.

“BIG SALE macam ni mesti ramai gila datang. Boleh tak kalau nak order online je then datang pickup terus?”
Jawapannya, boleh. Anda juga boleh pesan barangan yang ingin dibeli melalui WhatsApp kepada kakitangan POPULAR/HARRIS. Nanti datang untuk ambil dan boleh terus balik rumah. Sudahlah jimat duit, jimat pula tenaga dan masa. Nak buat macam mana? Gunakan perkhidmatan Order, Pick & Go menerusi WhatsApp di SINI.
Jadi ibu ayah, jangan terlepas peluang untuk beli buku anak-anak serta keperluan lain dengan harga yang cukup jimat sepanjang BIG SALE bermula 8 hingga 11 Julai ini. Nak tahu lebih lanjut, boleh layari pautan POPULAR di sini sekarang!