Siakap Keli
apa itu visa furada
Sumber: Google

Kenali Apa Itu Visa Furada & Ini Sebabnya Tabung Haji Minta Bakal Jemaah Haji Berhati-hati

Kenali Apa Itu Visa Furada & Ini Sebabnya Tabung Haji Minta Bakal Jemaah Haji Berhati-hati

Semalam, media melaporkan kira-kira 380 orang bakal jemaah haji dilapor terkandas di KLIA dipercayai mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Menurut laporan BERNAMA, bakal jemaah haji itu dipercayai mengunakan Visa Furada bagi menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

BACA: 380 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Namun begitu, ramai sebenarnya masih tidak tahu ataupun kali pertama mendengar istilah Visa Furada. Lalu timbul pertanyaan, apakah sebenarnya Visa Furada?

Menurut TH, Visa Furada merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleg Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.

TH juga menjelaskan bahawa selain kuota rasmi yang diberikan kepada Malaysia, permohonan visa haji adalah hak mutlak kepada Kerajaan Arab Saudi.

Justeru, mana-mana bakal haji ditawarkan Visa Furada digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang telah disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji sahaja.

Bagi mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan Tabung Haji merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Oleh itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran pakej haji melalui Visa Furada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Ini kerana, Visa Furada hanya dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia dan pemberian visa selain kuota rasmi kepada Malaysia adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Malah, pemberian Visa Furada pula hanya diberikan kepada orang atau kumpulan tertentu sahaja.

Mungkin imej satu orang atau lebih dan teks

Bagi musim haji 2022, TH melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi menguruskan pemergian jemaah haji.

Anda boleh melayari laman web yang disertakan di bawah ini untuk mengetahui senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji.

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/perkhidmatan/perkhidmatan-pengelola-jemaah-haji-pjh-0?fbclid=IwAR1A6nScjHPZNgcHNbr3SuVxAsVK3s8OPZMvvtpJc-Lyqbv9ecelcKi95_Q#5995

BACA: Puasa Hari Arafah Jumaat Atau Sabtu? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Sumber: Tabung HajiĀ 

Nurul Nazihah