Mampu Terapung Setinggi 5 Meter, Syarikat Pemaju Jepun Dilapor Berjaya Cipta Rumah Anti-Banjir
Sebuah syarikat pembangunan perumahan Jepun, Ichijo Komuten telah berhasil mencipta rumah yang boleh terapung sebaik sahaja paras air meningkat.
Memetik laman India Today, hasil ciptaan syarikat itu didakwa dapat menyelesaikan masalah negara yang kerap dilanda banjir.
“Struktur rumah itu unik kerana memiliki ciri kalis air. Tambahan pula, sebaik sahaja paras air meningkat, rumah itu akan mula terapung,” ujar pengurus syarikat.
Dalam sesi temu bual dengan saluran televisyen AS, syarikat itu berkata, “Rumah itu kelihatan seperti rumah biasa, tetapi apabila air mula memenuhi sekelilingnya, rumah itu perlahan-lahan terangkat dari tanah dan naik ke atas.”
“Rumah itu disambungkan dengan batang besi dan kabel tebal. Perkakas tersebut berfungsi untuk menaikkan rumah ke atas apabila banjir berlaku dan menempatkannya semula ke tanah sebaik sahaja banjir selesai.
“Apabila air semakin berkurangan, rumah itu akan perlahan-lahan menyentuh tanah. Barangan elektrik telah dipasang ke atas, supaya air tidak sampai ke sana. Rumah itu boleh terapung pada ketinggian sehingga 5 meter.”
Jepun merupakan sebuah negara yang kerap dilanda gempa bumi. Namun, untuk beberapa tahun ini, negara itu kerap dilanda banjir besar sehingga mengorbankan banyak nyawa.
Selain itu, India juga merupakan sebuah negara yang kerap dilanda banjir. Banjir paling dahsyat pernah berlaku adalah pada tahun ini, yang telah mengorbankan nyawa seramai 139 orang akibat banjir dan tanah runtuh.
Sementara itu, beribu-ribu mangsa yang terjejas banjir kekal dalam kesusahan kerana kekurangan air minuman, bahan bantuan malah ketiadaan bekalan elektrik. Kebanyakan kawasan di bandar daerah Assam Selatan di India terus ditenggelami air paras pinggang hingga lutut.
Sumber: India Today
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%