7 Tahun Bersembunyi, Suspek Kerat Zakar Anak Berjaya Diberkas Polis
BRAZIL – Seorang wanita yang memotong kemaluan anak angkatnya sebagai hukuman kerana terlalu ‘nakal’ telah berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas tujuh tahun melarikan diri, lapor Daily Star.
Suspek dilaporkan melarikan diri selepas menggunakan gunting untuk memotong zakar kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut di rumah keluarganya di Belford Roxo, Brazil, pada tahun 2015.
Insiden mengerikan itu terbongkar selepas kanak-kanak lelaki tersebut dikembalikan semula ke rumah kebajikan tiga bulan kemudian apabila kakitangan di situ ketakutan melihat kecederaan yang berlaku kepadanya.
Wanita itu mendakwa, kecederaan yang berlaku pada zakar kanak-kanak itu terjadi disebabkan zakarnya tersangkut di zip seluarnya sebelum dia ketakutan dan melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa.
Pihak polis turut melaporkan, serangan itu meninggalkan kesan ‘luka dalam’ pada zakar mangsa. Disebabkan perbuatan kejam suspek, mangsa terpaksa menanggung penderitaan dan kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya.
Kanak-kanak itu juga memberitahu polis, dia telah diserang dengan gunting selepas ibu angkatnya itu menuduhnya berkelakuan buruk.
Penyiasat dari Polis Awam Rio berkata, mangsa didakwa telah berkelakuan agresif dan ingkar arahan. Pihak polis juga berkata, kanak-kanak itu terpaksa menanggung penderitaan fizikal yang teruk sebagai satu bentuk hukuman akibat dari perbuatan wanita tersebut.
Difahamkan bahawa pihak polis telah mengisytiharkan suspek sebagai seorang pelarian dari mahkamah tiga tahun lalu. Namun pada 6 Julai lalu, suspek yang bersembunyi akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis.
Menurut pendakwaraya Maria Cristina Faria Magalhaes, wanita tersebut melakukan perbuatan jahat itu “secara sedar dan sukarela” terhadap kanak-kanak tersebut.
Sumber: Daily Star
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%