Siakap Keli
fenomena supermoon
Gambar: NBC News

Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Berlaku Esok, Bulan Bakal Berada Di Kedudukan Paling Hampir Dengan Bumi

Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Berlaku Esok, Bulan Bakal Berada Di Kedudukan Paling Hampir Dengan Bumi

Fenomena supermoon dijangka akan menghiasi langit Malaysia bermula hari esok iaitu 13 Julai 2022 pada jam 5:09 petang waktu Malaysia, lapor Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Menurut perkongsian di akaun rasmi media sosialnya, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) bagi tahun 2022 dengan jarak di posisi perigee adalah 357,263 km.

Oleh itu, semasa “Supermoon”, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

Agensi Angkasa Malaysia turut memberitahu, bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549.

Justeru, purata jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (disebut sebagai perigee) adalah 363,396km dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504km.

Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee), ia dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.

Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee), ia dikenali sebagai “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.

Mungkin imej teks yang berkata 'Perigee INOVASI SUPER FULL MOON 13 Julai 2022 Apogee Bulan 363,396km 405,504km Bulan Orbit Bulan Bumi Rajah 1: Perigee dan Apogee (dilukis tidak mengikut skala dan saiz sebenar). SUPERMOON (PERIGEE) MICROMOON (APOGEE) Bigger 30% Brighter Rajah 2: Supermoon kelihatan lebih besar dan lebih cerah berbanding Micromoon www.mysa.gov.my @MYSAagensi EKSPLORAS! @mysaangkasa @mysaTV'

Sumber: Facebook Agensi Angkasa Malaysia – MYSA

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.