Siakap Keli
tembak kerbau korban
Gambar: langsasatu.com

Mengamuk Dan Cuba Larikan Diri, Polis Terpaksa Tembak Kerbau Korban Hingga Mati

Mengamuk Dan Cuba Larikan Diri, Polis Terpaksa Tembak Kerbau Korban Hingga Mati

JAKARTA – Seekor kerbau korban dilaporkan telah ditembak mati oleh pihak polis  kerana mengamuk dan cuba melarikan diri di kawasan berhampiran dengan Lapangan Terbang Seokarno Hatta, Indonesia, lapor CNN Indonesia.

Kejadian ini berlaku pada hari Ahad yang lalu sekitar jam satu tengahari di Kampung Selapang Jaya, Daerah Neglasari, Wilayah Tangerang ketika program ibadah korban diadakan.

Ketua Polis Daerah Neglasari, Kompol Putra Pratama berkata, kejadian itu berlaku ketika kerbau tersebut hendak disembelih untuk dijadikan sebagai haiwan korban.

“Tiba-tiba kerbau itu mengamuk dan ingin melarikan diri di kawasan Neglasari, menghampiri pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, tepatnya di perimeter utara Lapangan Terbang Soetta,” kata Putra dalam kenyataannya.

Putra turut menjelaskan, pihak polis terpaksa ambil tindakan pantas kerana kerbau tersebut dianggap berbahaya bagi penerbangan di Lapangan Terbang Soetta, sehingga menyebabkan anggota polis perlu membunuh kerbau itu menggunakan senjata api.

“Oleh kerana sangat berbahaya untuk penerbangan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, pada pukul 1:40 tengahari seekor kerbau terpaksa dikorbankan menggunakan senjata api,” katanya.

Beliau juga berkata, selepas hilang upaya, kerbau itu kemudiannya dibawa ke Baiturrohman Musala di daerah Teluknaga, wilayah Tangerang menggunakan sebuah kenderaan.

“Pada masa ini, keadaan kondusif,” kata beliau.

Sumber: CNN Indonesia

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.